Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 16 April 2010

Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak

Cuba lihat gambar berikut, dan cuba fikirkan apa yang tak kena.

Sebuah kereta "parking" di tempat pengumpulan sampah dan menyukarkan kerja-kerja mengangkut sampah. Kalau pemilik kereta ini peka dengan persekitaran, tentunya dia akan cuba mengelakkan diri dari meletakkan kenderaan di tempat-tempat sedemikian.

Inilah akibatnya. Tindakannya dibalas oleh mereka yang mengangkut sampah tadi. Akibatnya tong-tong sampah yang besar tadi dilonggokkan di sekitar kereta tu. Hah, sapa yang susah?

Hehehe... tapi tak elok sebenarnya sikap "jahat dibalas jahat"! Allah janjikan pahala yang besar kepada orang yang berhak membalas perbuatan jahat orang kepadanya pada saat dia benar-benar mampu membalas kejahatan itu dengan tangannya.

Jadi, BERSABARLAH & GUNAKAN AKAL UNTUK BERTINDAK...

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design