Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 1 April 2010

HOBI PELIK

Masing-masing punya hobi sendiri. Cuma kadang-kadang hobi kita tu ada yang memberikan manfaat kepada orang lain juga, dan ada juga yang tidak mendatangkan manfaat langsung kepada orang lain, malah diri sendiri. Melainkan sekadar untuk keseronokan dan kepuasan sendiri semata-mata.

Macam pemuda dari negara India ni, berusia 21 tahun, turut memiliki hobi. Dia jejaka normal. Cuma hobinya yang buat saya rasa... euwww... tengoklah.

Tak cukup lagi? Tengok bawah ni pulak. Beliau dikatakan telah terkenal di kampungnya dengan hobi yang sedemikian. Beliau gemar mempamerkan sikapnya yang suka bermain dengan cicak sehingga digelar lelaki cicak!

Biarlah dia dengan hobinya yang "best" itu. Mari kita kaji hobi yang sedang kita lakukan kini. Adakah melalaikan? Adakah bermanfaat kepada manusia lain? Adakah sekadar memberi kepuasan kepada diri sendiri?

Mari kita kaji bersama-sama. Biarlah setidak-tidaknya hobi kita bermanfaat untuk diri kita, orang lain, dan yang paling utama diredhai Allah.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design