Sesiapapun bencikan peperangan. Bukan sahaja kemusnahan, bahkan korban jiwa yang menjadi bayaran tidak mungkin sedikit.
Dalam pada mempertahankan tanah air, seluruh rakyat pastinya akan bersatu padu menentang penjajahan dan pencerobohan bagi mempertahankan kedaulatan negara. Justeru, tidak mengira baik warga muda, tua malah "kanak-kanak" sanggup mempertaruhkan nyawa masing-masing tanpa dipaksa demi tujuan ini.
Sememangnya benar, kanak-kanak tidak akan dibenarkan memegang senjata, apatah lagi berjuang di barisan hadapan bersama-sama perajurit muda. Dari segi logik, mereka bukan sahaja tidak memiliki kekuatan mental dan fizikal yang selayaknya, bahkan mereka tidak mengerti apa-apa. Tetapi inilah yang berlaku sewaktu Russia mempertahankan diri semasa kemaraan Nazi pada Perang Dunia Kedua.
Semoga negara kita aman dari sebarang pencerobohan negara lain, dan semoga seluruh rakyat Malaysia bersatu hati di bawah Panji-opanji Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan