Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 21 April 2010

Mongolian Death Worm



Di padang Pasir Gobi, Czech explorer Ivan Mackerle menjejaki makhluk merbahaya yang mampu menyerang hanya dengan satu semburan racun ke muka dan mengakibatkan kematian. Saat penjejakannya, masih belum ada sebarang bukti bergambar tentang mitos yang sering dikatakan oleh penduduk tempatan berhubung makhluk tersebut. Menurut penduduk setempat, saiznya boleh mencapai 2 kaki hingga 5 kaki panjang dan berupaya menyemburkan sejenis asid siliva dan mampu menumbangkan seekor lembu.

Dalam bahasa Latin ia dikenali sebagai Allghoi khorkhoi. Namun penemuannya amat sukar dan hampir mustahil. Namun menurut seorang penuntut universiti tempatan di sana yang berbangsa Monggolia, mereka tetap mempercayai kewujudan makhluk itu. Ada yang mendakwa pernah melihatnya yang berukuran kira-kira 2 kaki panjang dengan ketebalan 2 inci, seperti ular tetapi bukan ular. Yang pasti kalau ke padang pasir Gobi, jangan pakai baju kuning, kang tak pasal-pasal ... tak tahu kenapa...

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design