Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 25 Mei 2009

Tab Mandi Canggih


5 Mac 2009 : Memandikan anak merupakan antara cabaran besar bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa. Bukan sahaja kerana pelbagai faktor tubuh bayi tu yang kecil, lembut sangat, malah nak pastikan suhu air mandian tu sesuai atau tidak juga amat mencabar. Tersilap mengagak suhu air mandian mungkin menyebabkan kecederaan yang kekal kepada kulit anak. 4moms Cleanwater Infant Bath dengan ciri termometer digital amat membantu dalam usaha menyelesaikan masalah ini.
Selain dari ciri termometer digital tersebut, rekabentuknya turut membantu memastikan air yang sampai pada kulit bayi amat sesuai suhunya, bahkan bersih kerana air yang kotor terus disalur keluar. Termometer akan memberikan tindak balas yang amat cepat berdasarkan suhu air. Jika air mandian panas sangat, latar belakang termometer akan menjadi merah, sebaliknya jika sejuk ia bertukar kepada warna biru dan warna hijau akan menyala sebagai menunjukkan suhu yang ideal. Nak beli? Harganya USD$39.95 ... hehehe
Ni kalau orang-orang tua dulu tahu lah tentang perkembangan ini, tentu mereka kata, manusia ni dah la malas, makin rajin untuk jadi lagi malas. Betul juga, dahulu mereka mampu survive dalam pelbagai keadaan tanpa sebrang peralatan yang canggih. Bahkan kemahiran mereka tidak dapat ditandingi kerana keupayaan mereka adalah berdasarkan pengalaman hidup. Banyak makan garam kata orang. Apapun, kebijaksanaan yang Allah beri kepada manusia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya kita tidak membiarkan bangsa dan agama kita terus ketinggalan dalam inovasi era ini.

Cas Bateri Guna Angin


24 Februari 2009 : Dalam usaha penghijauan bumi yang dah makin merah kini, pelbagai pihak baru sedar bahawa sememangnya "tangan-tangan manusialah yang merosakkan bumi yang Tuhan pinjamkan kepada mereka". Maka, setelah manusia terhantuk, barulah mereka tergadah. Banyak juga pihak yang cuba menghasilkan tenaga dengan cara paling hijau.
Pereka dari Korea Selatan Ji-yun Kim, Soon-young Yang and Hwan-ju Jeon, telah merekacipta sejenis alat diberi nama FEBOT. Sebuah charger bateri mudah alih yang menggunakan tenaga angin.
Nak gunakan pun mudah. Ambil bateri, masukkan ke dalam ruang yang disediakan. Tampal kat cermin tingkap, atau letak di mana-mana bahagian yang terdapat angin kuat. Lagi kuat angin lagi bagus. Pergi kat kawasan taufan tak pasti sesuai tak?! Buat masa ini, setiap Febot hanya mampu mengecas sebiji sahaja bateri.
Semakin hari semakin banyak kan ciptaan yang canggih dari dunia luar. Kesemuanya perkara yang sangat kreatif dan inovatif. Tinggi pula nilai komersilnya. Ya Allah, lahirkanlah dari kalangan Umat Islam hamba-hambaMu yang mampu menyaingi dan mengatasi teknologi-teknologi yang dicipta atau diadaptasi oleh golongan bukan Islam.

Bateri Bersolar (NiMH Solar)

26 Februari 2009- bateri boleh cas semula dengan sistem solar untuk "mengecas dirinya semula" telah dicipta. Prototaipnya menggunakan sel solar yang fleksibel dari IFE yang dililit pada bateri saiz C dari jenis NiMH yang boleh dicas semula.

Sel solar yang fleksibel tersebut mampu menjana tenaga elektrik setinggi 1.8V dan dihubungkan pada terminal positif dan negatif pada bateri dengan menggunakan wayar leper yang diambil dari sebuah lensa kamera yang rosak. Bila penyambungan lengkap, ia bertindak sebagai sebuah charger yang lemah. Untuk mengatasinya agar bateri dicas lebih efektif, sebuah kapasitor kecil dimuatkan padanya.

Idea baru ini kelihatan menarik, namun masih peringkat ujian dan prototaipnya masih elum diuji sepenuhnya. Mmm...bestnye kalau idea ni lahir dan dicipta dari kalangan bangsa Melayu, atau setidak-tidaknya umat Islam. :)

Check Mata Anda

Kalau anda terer, cuba kira ada berapa bulatan hitam dan bulatan putih yang terdapat pada setiap titik persilangan lajur dengan baris tu. Hehehe...jangan muntah angin sudah!
Selamat mencuba!

Selasa, 19 Mei 2009

Selamat Hari Guru


Terima kasih kepada semua anak didikku. Jangan ambil hati dan jangan pula menyimpan rasa. Kalau ada terkurang manis dalam bicara, dengan rasa rendah hati kemaafan dipohon jua. Doa untuk kalian, jikalau kalian inginkan kejayaan di jalan Allah, semoga Allah kurniakannya dengan keajaibanNya. Andainya kalian inginkan kecemerlangan semata-mata untuk masa depan diri, moga Allah luruskan hati ke arah kecintaanNya. Andainya kalian inginkan kehebatan dan kemewahan yang mungkin membuatkan kalian hanyut, moga Allah berikan taufiq dan hidayahNya dan dibukakan pintu hati untuk mengenaliNya.

Jumaat, 15 Mei 2009

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design