Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 25 Mei 2009

Cas Bateri Guna Angin


24 Februari 2009 : Dalam usaha penghijauan bumi yang dah makin merah kini, pelbagai pihak baru sedar bahawa sememangnya "tangan-tangan manusialah yang merosakkan bumi yang Tuhan pinjamkan kepada mereka". Maka, setelah manusia terhantuk, barulah mereka tergadah. Banyak juga pihak yang cuba menghasilkan tenaga dengan cara paling hijau.
Pereka dari Korea Selatan Ji-yun Kim, Soon-young Yang and Hwan-ju Jeon, telah merekacipta sejenis alat diberi nama FEBOT. Sebuah charger bateri mudah alih yang menggunakan tenaga angin.
Nak gunakan pun mudah. Ambil bateri, masukkan ke dalam ruang yang disediakan. Tampal kat cermin tingkap, atau letak di mana-mana bahagian yang terdapat angin kuat. Lagi kuat angin lagi bagus. Pergi kat kawasan taufan tak pasti sesuai tak?! Buat masa ini, setiap Febot hanya mampu mengecas sebiji sahaja bateri.
Semakin hari semakin banyak kan ciptaan yang canggih dari dunia luar. Kesemuanya perkara yang sangat kreatif dan inovatif. Tinggi pula nilai komersilnya. Ya Allah, lahirkanlah dari kalangan Umat Islam hamba-hambaMu yang mampu menyaingi dan mengatasi teknologi-teknologi yang dicipta atau diadaptasi oleh golongan bukan Islam.

2 ulasan:

Unknown berkata...

kalau takde angin macam mana pula?kena hembus ke?alaa.penat.ngee.

ACHTUNG! berkata...

tu la pasal...hehehe... kalau guna tenaga angin dari perut, bau la pulak .. kui kui

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design