Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 25 Mei 2009

Tab Mandi Canggih


5 Mac 2009 : Memandikan anak merupakan antara cabaran besar bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa. Bukan sahaja kerana pelbagai faktor tubuh bayi tu yang kecil, lembut sangat, malah nak pastikan suhu air mandian tu sesuai atau tidak juga amat mencabar. Tersilap mengagak suhu air mandian mungkin menyebabkan kecederaan yang kekal kepada kulit anak. 4moms Cleanwater Infant Bath dengan ciri termometer digital amat membantu dalam usaha menyelesaikan masalah ini.
Selain dari ciri termometer digital tersebut, rekabentuknya turut membantu memastikan air yang sampai pada kulit bayi amat sesuai suhunya, bahkan bersih kerana air yang kotor terus disalur keluar. Termometer akan memberikan tindak balas yang amat cepat berdasarkan suhu air. Jika air mandian panas sangat, latar belakang termometer akan menjadi merah, sebaliknya jika sejuk ia bertukar kepada warna biru dan warna hijau akan menyala sebagai menunjukkan suhu yang ideal. Nak beli? Harganya USD$39.95 ... hehehe
Ni kalau orang-orang tua dulu tahu lah tentang perkembangan ini, tentu mereka kata, manusia ni dah la malas, makin rajin untuk jadi lagi malas. Betul juga, dahulu mereka mampu survive dalam pelbagai keadaan tanpa sebrang peralatan yang canggih. Bahkan kemahiran mereka tidak dapat ditandingi kerana keupayaan mereka adalah berdasarkan pengalaman hidup. Banyak makan garam kata orang. Apapun, kebijaksanaan yang Allah beri kepada manusia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya kita tidak membiarkan bangsa dan agama kita terus ketinggalan dalam inovasi era ini.
ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design