Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 25 Mei 2009

Bateri Bersolar (NiMH Solar)

26 Februari 2009- bateri boleh cas semula dengan sistem solar untuk "mengecas dirinya semula" telah dicipta. Prototaipnya menggunakan sel solar yang fleksibel dari IFE yang dililit pada bateri saiz C dari jenis NiMH yang boleh dicas semula.

Sel solar yang fleksibel tersebut mampu menjana tenaga elektrik setinggi 1.8V dan dihubungkan pada terminal positif dan negatif pada bateri dengan menggunakan wayar leper yang diambil dari sebuah lensa kamera yang rosak. Bila penyambungan lengkap, ia bertindak sebagai sebuah charger yang lemah. Untuk mengatasinya agar bateri dicas lebih efektif, sebuah kapasitor kecil dimuatkan padanya.

Idea baru ini kelihatan menarik, namun masih peringkat ujian dan prototaipnya masih elum diuji sepenuhnya. Mmm...bestnye kalau idea ni lahir dan dicipta dari kalangan bangsa Melayu, atau setidak-tidaknya umat Islam. :)

1 ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design