Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 22 September 2010

Persiapan Kenderaan A2G VP5

17 Sept 2010.
Hari ini peserta Konvoi telah menghabiskan seharian mendaftar dengan Viva Palestina UK dan mempersiapkan kenderaan yang akan digunakan sepanjang perjalan dari London ke Gaza.
Mereka telah memulakan hari dengan bersolat jamaah bersama-sama dan diikuti dengan bacaan ma’thurat di penginapan B&B Willesden. Seterusnya para pesertaberkongsi tazkirah yang telah disampaikan oleh Ameer MSM, Saudara Abdul Azim Ismail. Saudara Azim telah mengingatkan tentang pentingnya meluruskan niat sepanjang masa. Banyak ruang-ruang untuk tergelincir dari niat asal termasuk syubhat dan shahwat.

Setelah bersarapan pagi Nasi Lemak, mereka telah bertolak ke Luton dan sampai di tempat berkumpul di Guardian Business Park dan buat kali pertama melihat sendiri kenderaan yang akan mereka gunakan. Mereka melahirkan rasa bersemangat dan teruja apabila turut melihat beberapa peserta dari pelbagai negara telah mula berkumpul. Antara Negara yang diwakili termasuklah dari Northern Ireland, Australia, New Zealand, Kuwait dan dari seluruh pelusuk United Kingdom.
Kenderaan yang akan mereka gunakan terdiri dari Van komersial Nissan Interstar. Sebanyak 6 Van telah dibeli oleh pihak Viva Palestina UK bagi pihak Viva Palestina Malaysia. 3 daripadanya ditaja oleh Aqsa Syarif hasil kutipan dari rakyat Malaysia.

Setelah melihat secara ringkas kenderaan yang akan digunakan, mereka bergerak ke hypermarket berdekatan untuk membeli beberapa lagi barang keperluan yang akan digunakan sepanjang konvoi.
Mereka kemudiannya bergerak semula ke tempat berkumpul untuk urusan pendaftaran. Disana mereka telah bertemu dengan peserta konvoi Viva Palestina Malaysia yang lain iaitu Puan Azra Banu, Puan Azura dan Saudara Faisal. Beberapa borang perlu dilengkapkan dan kemudian bayaran pendaftaran dibuat. Viva Palestina UK kemudiannya telah mengagihkan set pelekat kenderaan untuk diletakkan bagi mengenalpasti kenderaan konvoi. Pihak Viva Palestina juga telah menyediakan pelekat tersendiri bagi kenderaan konvoi Malaysia.

Proses menyiapkan pelekat di kenderaan konvoi memakan masa yang agak lama. Walaupun meletihkan tetapi semua peserta merasa seronok. Ini juga merupakan peluang para peserta mengenali lebih mendalam hati budi peserta yang lain sebelum perjalanan bermula. Mereka dibantu oleh pelajar-pelajar Malaysia yang turut datang bukan dahaja dari sekitar London, juga sejauh Loughborough, Bath dan Southampton.

lemang dan rendang yang disediakan oleh keluarga Timbalan Ameer MSM, Saudara Azman Ali. Untuk makan malam, mereka telah dihidangkan pula dengan nasi pilau, ayam dan kambing bakar.

Setelah selesai semua urusan, peserta konvoi telah bertolak pulang ke penginapan di Willesden. Peserta telah sempat singgah di rumah En Mahfuzh untuk kudapan. Mereka sampai di tempat penginapan sekitar jam 11 malam.

Sementara para peserta mula berehat, ketua Konvoi sempat merakam wawancara dengan MSM tentang dakwah dan tarbiah. Video tersebut akan dikongsikan sedikit masa lagi.

Keseluruhannya, hari ini merupakan hari yang meletihkan tetapi sangat menceriakan dan memberi semangat. Semoga semangat ini dapat sedikit sebanyak menyuntik tenaga buat perjalanan mereka.
Sumber : Hisham Walat

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design