TARIKH : 4 Jun 2010
MASA : Selepas solat Jumaat,
ANJURAN : Jawatankuas CMT (Crisis Management Team) LL4G
KETUA : HALUAN Palestin
PENGLIBATAN : Lebih kurang 10,000 dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk mereka dari luar negara.
KRONOLOGI:
1. Perarakan dan sahutan/jeritan takbir, tahmid dan laungan kemarahan terhadap zionis Israel dan Amerika bergema disepanjang jalan dari menara Tabung Haji ke Kedutaan Amerika.
2. Setibanya 'pentas bergerak' di hadapan kedutaan Amerika, wakil CMT Sdr Zulkifli Mohd Nani menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kedutaan Amerika di Malaysia. Di pentas pula wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan memberi ucapan yang berapi-api Di antara mereka ialah wakil HALUAN, AQSA SYARIF, PACE, MAWADDAH, ABIM, Muslim Care, Viva Palestina, Rakan masjid dan lain-lain. Di akhir ucapan dibacakan kandungan memorandum kepada para hadirin oleh wakil CMT dan Sdr Zulkifli dan do'a penutup oleh Ustaz Elias Othman.
3. Demonstrasi aman yang dianjurkan berjalan lancar dan terkawal. Tiada insiden tidak diingini berlaku dan pihak anggota keselamatan benar-benar profesional di dalam menjalankan tugas mereka. Kawalan pergerakan pimpinan NGOs diuruskan oleh sukarelawan muda dengan begitu profesional dan berjaya. Mereka adalah terdiri dari 100 belia hasil gabungan HALUAN SISWA dan KARISMA.
4. Demo ini adalah agak unik kerana ia adalah dianjurkan oleh NGO Islam yang keseluruhannya mempunyai sistem pendidikan (tarbiyah) terhadap ahli-ahlinya. Oleh itu dapat diperhatikan disiplin dan akhlak yang baik pada keseluruhan demonstrasi berjalan.
Semoga Allah memberkati usaha mereka kerana ini juga merupakan salah satu daripada perjuangan untuk membela Umat Islam di Palestin di samping perjuangan menentang Zionis. Perjuangan ini tentunya tidak mudah walau kelihatannya hanya sekadar berarak dan menunjuk perasaan secara aman. Kalau mudah, kenapa kita ada duduk di rumah, di pejabat, sibuk dengan urusan peribadi... adakah mereka tiada urusan sedemikian. Sukar... percayalah. Moga Allah beri kekuatan kepada kita, dan seluruh Umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan