26 Ramadhan 1430, bersamaan 16 Sept 2009. Hanya tinggal beberapa hari sahaja bulan yang penuh barokah ini akan beransur meninggalkan kita. Cuaca pagi ini tidak panas, sebaliknya redup berserta tiupan angin sejuk, lembut membelai. Tenang kelihatan sepanjang pagi ini. Semoga kedamaian pagi Ramadhan sebegini dapat dikecapi lagi pada tahun-tahun mendatang. Belum puas rasanya menikmati bulan ini.
Semoga kedamaian pagi ini turut melembutkan hati yang kekadang amat sukar dilentur. Moga hati ini dapat dibersihkan dengan kesucian Ramadhan ini. Hanya dengan penyucian itu, hati akan kembali tenang, terasa dekat dengan Tuhan. Hanya dengan hati sebegitu, kita dapat melihat keagungan dan kebesaran Allah Azza wajalla.
Tempoh untuk melihat anak bulan kian hampir. Tandanya Syawal akan mengambil tempat. Apakah tarbiah pada Ramadhan kali ini benar-benar mendidik jiwa kita? Adakah telah kita gunakan setiap peluang yang ada pada bulan berkat ini dengan sebaiknya? Atau saat pacuan akhir ini kita telah mengangkat bendera putih lantaran telah sibuk dengan persiapan Hari Raya?
Semoga kita dapat menilai kembali amalan kita...adakah layak untuk Allah terima, ataupun sebaliknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan