Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 22 April 2011

HARI BUMI

"Kenapa cikgu join jugak Hari Bumi? Kan orang barat punya!!!"

Tanya anak murid semasa mengajar mata pelajaran Geografi. Ni mesti anak murid rajin update information di blog ACHTUNG! Dia terpandang "blog header" ACHTUNG! la tu.


Adik-adik, dalam surah Ar-Ruum, ayat 41 Allah S.W.T berfirman ;


Maksudnya : "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Adik-adik, Allah pinjamkan kita bumi untuk kita tadbir. Untuk kita nikmati dan kita jaga, kerana Allah dah bagi kita akal yang membolehkan kita membuat keputusan sama ada nak buat yang baik atau yang buruk. Bukan ke Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Makhluk yang sempurna. Tapi, makhluk lain dah boleh agak dah apakah keburukan lantaran kewujudan manusia ke atas muka bumi.

Adik-adik, setiap apa yang kita lakukan, kita akan "ditanya" dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Bukan sahaja sikap dan tindakan kita kepada sesama manusia, bahkan kepada sesama makhluk ( termasuk binatang dan hidupan di bumi ). Berat tanggungjawab kita adik-adik. Ingat senang??? Dalam ayat Quran di atas, Allah S.W.T menjelaskan bahawa memang tangan-tangan manusia itulah yang akan mendatangkan kebinasaan. Padahal jangka hayat bumi adalah bergantung kepada bagaimana kita merawat atau menjaganya. Nabi kata bumi kita ni dah macam orang tua sangat. Bayangkan kalau orang tua kita tak jaga betul-betul, lagilah pendek hayatnya.

Kenapa ustaz join juga???
Earth day tak bercanggah dengan syariat. Yang peliknya April fool dan Valentine day adik-adik "layan" padahal terang-terang bertentangan syariat!!! Kita kena layan hari bumi dengan cara kita. Doa, biar semua manusia di dunia termasuk pemimpinnya ada kesedaran dan jaga bumi kita ni. Jangan kerana kepentingan dan keuntungan semata-mata, bumi ini dikorbankan.

Selamat Hari Bumi...


Tiada ulasan: