Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 20 April 2011

Kerenah Anak : Stereo Kereta Jadi Tabung!

Cuba perhatikan kat tempat slot masuk cd player kereta tu!
Nampak apa?
Haaaaaa.... banyak duit syiling kan!!! Macam tabung syiling dah rupa dia. Ni la kerja anak-anak kalau kita tak perhatikan betul-betul apa dia buat. Anak-anak memang kreatif, tapi kalau dah tahap macam ni, dah melibatkan kos pulak!

Apa pun, jangan dok dibedal anak-anak yang "kreatif" tu. Mereka ni cuma tak jelas lagi mana mainan, mana yang tak boleh buat main. Gunakan cara paling berkesan dalam "menangani" anak-anak kita. Bagi ibu-ibu pula, tegur salah anak! Jangan membebel dan berleter atas kesalahan anak. Lain tu! Lagi satu.... jangan BERGADUH dengan anak!!! Nanti anak kurang respek! Ingat tu... :D

Tiada ulasan: