Siapa yang boleh dipersalahkan akibat kecacatan kura-kura ini? Semua pasti tidak mengaku. Dan pasti rata-rata tiada yang mengaku jika ditanya siapa yang membuang sampah ke sungai atau ke laut.
Hakikatnya beginilah kesan pencemaran ke atas air. Bahananya turut menghantui hidupan alam yang lain. Seperti kura-kura ini, pada usia kecilnya ada plastik keras yang terperangkap di bahagian tengah tubuhnya, dan apabila ia semakin membesar, plastik keras tersebut mencacatkan tubuhnya.
Jadilah manusia yang berguna. Jadilah manusia yang menggunakan akal! Buang sampah di tempatnya. Buang sampah dengan cara yang betul. Bukankah kebersihan di tuntut dalam agama. Bahkan apa yang kita lakukan pasti akan dipersoalkan kelak. Sama-sama kita fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan