Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 10 November 2010

Suzuki RG Sport Naik 5 Orang


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kalau kita orang senang, bersyukurlah dengan cara bersedekah dan menginfakkan harta ke jalan yang menyelamatkan kita di akhirat. Sebaliknya, kalau kita orang yang susah, bersyukurlah kerana Allah tidak menguji kita dengan kekayaan, kerana ramai yang diuji dengan kekayaan semakin jauh dari Allah, malah harta tersebut menjerumuskannya ke jurang Neraka, nauzubillah.

Sekadar gambar hiasan.

Pakcik dalam gambar tu contohnya, dia bersyukur kerana ada kenderaan. Tak kira kenderaan apa, asalkan kenderaan tersebut tidak menderanya! Mendera dari segi bayaran bulanan yang mahal sekiranya dia bercitarasa tinggi sedangkan kemampuannya sangat terbatas.

Moga Allah golongkan kita ke dalam golongan hambaNya yang bersyukur. Golongan inilah yang akan Allah tambahi rezeki dan rahmatNya. Amiin.

Kalau tak reti bersyukur atau tak mahu bersyukur jugak, tandanya lagi teruk dari orang Utan kat dalam gambar tu!!!


Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design