Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 21 November 2010

SAYA NAK BELI MASA AYAH!!!

"Saya nak beli masa Ayah, boleh?

Ahmad adalah salah satu pegawai yang cukup sibuk yg bekerja untuk salah satu syarikat swasta terkenal., sehingga seringkali dia pulang lewat hingga larut malam. Suatu hari Ahmad balik kerja, ternyata Zaid (anaknya) yang masih Darjah 2 membukakan pintu untuknya dan Zaid memang sengaja menunggu ayahnya tiba di rumah.

Kenapa masih belum tidur?', Tegur Ahmad setelah mencium keningnya

Zaid menjawab, : Saya memang sengaja menunggu ayah pulang kerana ingin bertanya, berapa gaji ayah?

" Eh, kenapa tanya gaji ayah ni?

"Tak, Zaid cuma nak tahu aje ayah." balas Zaid.

Ayahnya pun menjawab:

Kamu kira sendiri, setiap hari ayah bekerja 10 jam dan dibayar RM200 dan tiap2 bulan ayah bekerja 25 hari.Ok, jadi berapa gaji ayah dalam 1 bulan?". Zaid langsung mengambil pensilnya, sementara Ahmad menanggalkan kasutnya.

Ketika Ahmad menuju ke kamar, Zaid berlari mendapatkannya.

Kemudian Zaid menjawabnya, "Kalau 1 hari ayah di bayar RM200 untuk 10 jam, maksudnya gaji ayah RM5000 ye?

" Bijak anak ayah sekarang ya..., sekarang Zaid pergi cuci kaki dan tidur ya". jawab ayahnya.

Tetapi, Zaid tidak juga berganjak.Sambil memperhatikan ayahnya ganti pakaian, Zaid kembali bertanya.

" Ayah boleh pinjam duit RM50 tak?

"Sudah, buat apa malam2 begini?.

"Ayah penat, nak mandi dulu, sekarang kamu pergi tidur!. jawab ayahnya.

Dengan wajah malas Zaid menjawab,
" Tapi ayah...", ayahnya pun langsung mengherdiknya," Ayah kata tidur!!". Anak kecil itu terus kembali ke kamar tidurnya.

Selesai mandi, Ahmad menyesali perbuatannya yang telah mengherdik anaknya tadi. Ia pun melihat keadaan anaknya. Dan ternyata anak kesayangannya itu belum tidur. Ternyata Zaid dilihat menangis terisak-isak perlahan sambil memegang duit RM50 di tangannya.

Sambil berbaring dan mengusap kepala anaknya itu Ahmad berkata. " Maafkan ayah ye Zaid. Buat apa malam2 begini minta duit? Kalau nak beli mainan, esok kita beli ya.Jangan minta RM50, lebih dari itu pun ayah boleh.

Zaid menjawab

"Ayah, Zaid tak minta duit.Zaid cuma nak pinjam.Nanti Zaid pulang balik setelah menyimpan duit sakusekolah minggu ini

"Iya..Iya tapi buat apa?. tanya ayah Zaid dengan lembut.

"Zaid tunggu ayah dari jam 8 mlm tadi, Zaid mahu mengajak ayah main dam ular tangga. Cuma 30 minit aje.Emak selalu cakap kalau waktu ayah sangat berharga. Jadi, Zaid mahu beli waktu ayah. Zaid buka tabung , ternyata ada RM50 aje.Tadi ayah kata , setiap 1 jam ayah digaji RM200, jd setengah jam ayah dibayar RM100.Duit dalam tabung Zaid kurang RM50. sebab itu Zaid nak pinjam duit dari ayah?. jawab Zaid dengan jujur.

Ahmad pun terdiam, dan dipeluknya anak kecil itu erat2..


MORAL CERITA:
Luangkan masa seketika bermain dengan anak2 anda...Insyallallah masa berharga kita itu sangat bermakna buat anak2 dan Allah swt akan membalas segala jasa dan pengorbanan kita sebagai ibu bapa yg sangat mengasihi anak2nya. (Gambar di atas adalah hiasan semata-mata-Miswadi Mokri).

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design