Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 29 September 2011

USTAZ TAUFIK KEMALANGAN

***Mohon izin siar gambar ya Ustaz Taufik.

Berikut adalah gambar Myvi Ustaz Taufik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada subuh 4 September 2011 yang lalu.

Beliau bersama anak dan isteri sedang dalam perjalanan balik ke Johor. Menjelang kira-kira jam 4 pagi, sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba ustaz Taufik terpandang objek hitam melintang di tengah highway. Beliau pantas membalas stereng mengelak objek tersebut yang dipercayai lapisan tayar lori yang pecah.

Akibat tindakan semerta tersebut, Myvi beliau berada dalam keadaan tidak stabil dan menghentam pembahagi jalan. Fateh, anak beliau yang baru berusia beberapa bulan tercampak ke lantai hadapan dari ribaan uminya. Syukur tidak apa-apa. Manakala zaujah beliau cedera di kepala dan menerima beberapa jahitan terkena cermin.








Kita doakan ustaz sekeluarga dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah. Semoga segala urusan berkaitan dengan kenderaan ini dipermudahkan Allah.

Pengajaran yang dapat dikongsikan antaranya menurut ustaz Taufik ialah,
1. Kalau nampak halangan di tengah jalan, dont panic, but think 1st than action!

2. Kalau towing tiba-tiba datang nak tarik kereta kita, jangan layan! Segera hubungi towing panel insurans kita. Supaya senang urusan!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design