Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 23 Jun 2009

Apa Pandangan Anda

Lihat beberapa kubur berikut. Lokasinya adalah di sebuah negara jiran. Baik terikut-ikut dengan perkuburan bukan Islam, mahupun atas tujuan kemegahan, tetap dilarang sama sekali disisi syariat Islam. Hmmm...kesian Melayu Islam kini. Apa pandangan anda?







Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.wALLAHua’lam..

2 ulasan:

Unknown berkata...

mungkin kerana kejahilan.semoga DIA mengampunkan dosadosan mereka.

zaj berkata...

takutnya bila kita salah mendidik anak yg mana kelak dia akan melakukan perkara serupa spt dlm foto tu ke atas pusara kita, sedang kita terpaksa menanggung azam sepanjang masa hingga akhirat akibat kesilapan kita di dunia...

na'uzubillah...

p/s : kat johor la ni (cthnya kat kg melayu kluang) dpt kita lihat kubur2 yg diwarnakan dgn pelbagai warna kesan daripada pengharaman membungkus nisan kubur dgn kain putih sebelum ini...

manusia masih ego dan tidak mahu mendengar kata2 ulama'...

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design