Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Lirik lagu lama yang tiba-tiba berkumandang saat hati dilanda kegusaran dan keresahan dalam meneruskan perjuangan hidup. Besarnya cabaran menjadi seorang lelaki bergelar suami dan ayah.
Ya Allah Karim, Ya Waduud, Ya Zaljalali walikram...berilah kepadaku kekuatan, petunjuk dan ketenangan, agar medan getir ini dapat aku lalui dengan ketabahan. Aku bersyukur kerana diuji dengan kesusahan. Aku syukur diuji hanya dapat makan sehari dua kali je ya Allah. Malah aku bersyukur engkau tidak menguji aku dengan wang yang banyak. Cuma aku pohon padamu ya Allah, berilah daku kekuatan yang istimewa dari sisi Mu. Amiin.
3 ulasan:
agak lupa tajuk lagu tapi semoga DIA murahkan rezeki+diringankan segala ujian.
da jumpa.kenny,remy+martin.dush.padan la macam kenal je lyric.
salam, mujur kita ada rakan sekeliling yg memahami. at least kita bersahabat dpt meleraikan kekusutan di hati...
cube pulak enta dgr lagu nasyid bertajuk 'segenggam tabah' nyanyian in-team... pastu komen la sikit... hehe...
Catat Ulasan