Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 19 Jun 2009




RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya ...

:::COPY PASTE DARI BLOG MEMBER:::

3 ulasan:

Unknown berkata...

hu.bagus baca tapi sleknya kalau melayu ni da percaya sangat yaasin ni sampai surah lain tak terbaca kot.yaasin je yang diorang tahu.huhu.melayu.adat kot.

ACHTUNG! berkata...

HA AH TU LA PASAL....

Malam Jumaat je Yassin
Org Mati Yassin.
Atas kubur, Yassin....

Padahal Jumaat Kahfi,
org sakit Yassin bukan da mati...
Atas kubur doa, yassin baca je kat umah untuk si mati...

Tu lah bahana beramal tanpa ilmu, dan pegang adat membuta tuli.
(aduh kasarnya bahasa)...

zaj berkata...

tau xpe, kasar bahasa tu, jika org awam baca mengamuk la jadinya, leh jadi kes cam rajapetra ni.. huhu...

ana di sekolah selalu ketuai bacaan yaasiin. lepas tu ada sedikit tazkirah. malangnya tazkirah tu selalu disalahertikan sebagai menyentuh peribadi lah, nak kenekan org lah, tak sesuailah, itu la inilah, kadang2 naik tensyen jadinya..

tp kita ada tggungjawab yg perlu di tunaikan.. amar makruf nahi mungkar di sini sgt mencabar...

mg Allah beri kekuatan pada ana...

kalau kat maktab BP tu, mesti buat yasinan & tahlilan, siap kene masak2 lagi utk para tetamu...

p/s : amalan tersebut kini bukan sebagai amalan yg menghampirkan diri kepada Allah, tapi hanyalah sbg amalan tradisi yg dibuat hanya bila sampai giliran utk membuatnya (jika di felda cam kat tmpt ana).

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design