Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Rabu, 14 Januari 2009

Hari Ke-18 Perang Furqan

Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, melaporkan bahawa pihaknya berjaya menyusup ke bahagian barisan belakang Israel yang menyerang timur bukit Al-Kashif, utara Gaza dan menghancurkan sejumlah besar kenderaan tentera mereka.

Menurut suatu sumber, Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam berjaya menyusup masuk ke arah belakang barisan pihak musuh kira-kira jam 7.00 petang, Selasa (13/Jan) di wilayah Al-Wade timur bukit Al-Kashif. Langkah ini diambil sebaik memerhatikan pergerakan besar-besaran pihak musuh ke wilayah tersebut. Beberapa saat kemudian mereka menghancurkan sejumlah kenderaan tentera Israel.

Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam telah menggunakan dua buah bom penghancur jenis Shuwaz 3 . Hasilnya, dua buah kenderaan pengangkut milik pihak musuh berjaya dimusnahkan, dan salah satu daripadanya musnah sepenuhnya. Disamping itu mereka juga berhasil memusnahkan sebuah tank Israel dengan pelancar roket RPG anti-tank. Pada masa yang sama, sedang tank-tank Israel lain berusaha menyelamatkan rakan mereka yang cedera dan mati, mujahidin Al-Qassam menyerang mereka dengan bom Shuwaz 3 dan memberikan kemusnahan yang besar.

Batalion itu juga menegaskan bahwa para pejuang mereka berhasil kembali ke pangkalan dengan selamat setelah melakukan operasi jihad ini. Sejumlah besar pasukan Israel tewas dan sejumlah lainnya cedera dalam operasi jihad Al-Qassam yang kali ini memberikan tamparan hebat kepada pasukan komando elit tentera Israel. Para tentera Israel juga digerunkan dengan serangan jihad kali ini yang mereka jangka mudah dipatahkan dengan kelengkapan perang yang mereka miliki.


Batalion Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam menegaskan pihaknya akan terus melakukan usaha pembelaan terhadap tanah air Palestin di Semenanjung Gaza dan memberikan pengajaran secukupnya kepada penjajah kafir Yahudi sehingga pihak kafir Yahudi itu sendiri keluar dari bumi suci Allah ini.




Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design