Insiden di atas mengingatkan saya insiden di Surau An-Nur , Masjid Kampung Maju Jaya dan Masjid Felda Ulu Tebrau. Saya sering berada di saf hadapan menghadap tingkap. Jelas terlihat beberapa kumpulan anak-anak muda melepak tidak mempedulikan iqamah yang menandakan solat Fardhu Jumaat akan didirikan. Tidak sedikitpun riak wajah mereka merasa cemas akan terlewat mendapatkan saf. Saban minggu perkara yang sama berulang bagai tak kan ada yang akan menegah mereka.
Saya berasa amat sedihSedangkan Rasulullah berpesan, sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Jumaat, segera dipaksa bertaubat. Sekiranya enggan, dihukum pancung!!! Betapa kerasnya peringatan Allah. Tak gerun ke kita dengan ancaman Allah? . Justeru para ibu bapa, pastikanlah anak-anak anda solat Jumaat. Pastikanlah dengan apa cara sekalipun. Jangan sampai bumi bertuah ini Allah timpakan balak bencana dan baru kita nak menyesal. Tatakala itu, bumi hanya tinggal debu bersama tulang-tulang anak isteri kita yang berserakan. Jangan biarkan anak-anak kita berdosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan