Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Sayangi Kereta Anda

Kereta adalah kenderaan yang Allah takdirkan ia tunduk dan patuh kepada anda dengan izinNya.

Sama macam kuda, cuma kuda ada emosi, nafsu dan perasaan. Sebaliknya kereta tidak demikian kerana ia diperbuat daripada besi yang tidak bernyawa.

Kuda kalau kita kerah lebih dari kemampuannya, ia akan marah, bertindak balas, mogok, sakit dan boleh membawa kepada kematian. Siapa yang rugi? Tuan ampunya.

Kereta kalau kita guna terlalu lasak diluar keupayaannya, alamat absorber habis, enjin rosak, chasis lari, dan akhirnya kereta rosak tak mahu hidup... mati lah tu! Siapa susah? Tuan ampunya.

Bersyukurlah dengan kenderaan yang Allah beri pada kita. Guna elok-elok sebagai tanda sykur. Baca doa naik kenderaan sekalipun kenderaan tu baru, apatah lagi buruk! Moga selamat nyawa kita dan sempurna urusan kita.

Ada kat Malaysia orang kerjakan kereta sampai macam dalam gambar tu?
Dah kenapa???

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design