Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Mutlakkah Kehebatan Diri yang Allah Pinjamkan



Practise make perfect. Lazimnya mereka ni dah tak kira apa untuk capai hasarat, siang malam pagi petang nak mahirkan diri semata2. Tak kira lagi yang terkorban dalam usaha untuk capai impian mereka. Kalau dilihat balik, banyak yang dibuat lebih untuk mencari keseronokan dan "mencari nama". Senang kata banyak yang sia-sia. Harap kita dapat salurkan kehebatan yang Allah bagi untuk manfaat kepada manusia lain.

Terlalu lazim kita melihat kehebatan seseorang sebagai hasil usaha mereka sendiri, dan ada pula yang beranggapan itu adalah "keajaiban" mereka yang belum tentu mampu dilaksanakan oleh orang lain. Memang manusia itu Allah ciptakan dengan banyak kehebatan dan keistimewaan. Allah S.W.T telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang sangat sempurna berbanding dengan makhluk-makhluk lain ciptaanNya. Sebab itu manusia Allah berikan "amanah" mentadbir bumi ini agar tidak rosak dan musnah.

Namun, kelebihan yang sangat sedikit yang Allah pinjamkan itu terlalu mudah dilupakan oleh manusia itu sendiri. Banyak yang menggunakannya untuk "mencari nama" dan menunjuk-nunjuk bahawa diri mereka hebat.

Manusia, sedarlah. Kehebatan yang kita miliki memang berbeza antara satu sama lain. Banyak yang kita hebat tapi tak hebat pada perkara yang lain. Banyak yang orang lain hebat, tapi ada perkara yang kita mampu lakukan tidak dapat dilakukan oleh mereka. Cuma seperkara yang perlu diingat, sejauh mana kehebatan yang Allah kurniakan dapat kita salurkan ke arah keabaikan dan memberi manfaat kepada manusia lain. Sejauhmana ia kita dapat gunakan untuk mendapatkan redha Allah untuk selamat di akhirat kelak. Renung-renungkan.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design