Masyaallah!!! Apa sudah jadilah? Monitor bunuh diri? Mustahil. Silap-silap gara-gara ada yang hilang sabar dan tidak dapat mengawal kemarahan. Bukan orang panas baran saja yang mampu melakukan "tugas" di atas, malah sesiapa sahaja.
Sebaiknya kalau dah rasa diri mula marah, elakkan dari terus berhadapan dengan situasi tersebut. Tarik diri, tarik nafas, kawal pernafasan dan cuba bertenang. Mintak dengan Allah agar kita bersabar, sebab marah Allah yang cipta. Allah juga yang mampu meletakkan controller untuk mengawal kemarahan kita.
"Ingat, kita kena ada perasaan marah. Supaya maruah kita dapat dipelihara. Tapi jangan tergadai maruah lantaran kegagalan kita mengawal kemarahan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan