Khamis, 26 Januari 2017
HIDUP SUSAH TAPI INGAT TUHAN LEBIH BAIK DARI HIDUP SENANG TAPI TAK KENAL TUHAN
Dah namanya hidup di dunia, tentunya tak lari dari di uji tuhan. Dah namanya ujian, tentulah rasa sedikit susah. Ibarat amik exam, cikgu bagi soalan yang senang gile, pastu cikgu bagi skali skema jawapan, pastu bleh pulak tanya kawan, pastu bleh pulak sambil makan-makan, pastu orang lain pulak tolong jawabkan kat kertas soalan... Exam hapa namanya tu!!!???
Dah namanya exam, memang sukar. Sebab nak uji kemampuan kita. Lulus atau gagal. Tentulah rasa tertapis, tersaring. Hidup pun macam tulah. Kalau hidup kat dunia dah rasa senang, selesa, tak payah buat apa-apa pun boleh nikmati kemewahan, apa nak semua dapat, tu kena perati betul-betullah.
Kena selidik mana sumber kekayaan tu datang. Kalau sumbernya haram, maka haramlah hasilnya. Kena taubat dan kembali kepada Allah.
Dah tengah susah kena bersedekah lagi banyak?
Ye betul. Bersedekahlah hingga kamu kaya!
Jangan macam ade sorang member tu, Jagat nama dia, dia sound "Kang, duit yang ada ni nak buat makan untuk kita pun tak lepas tau... kita yang patut terima sedekah adela...". Amik kau, tak lama lepas tu dia makan sedekah. Syarikat melingkup sebab tipu orang sana sini. Pastu takmo bertanggungjawab. Tak boleh macam tu kawan... susah macamana pun kita kena bersedekah. Tapi dengan kadar yang dia paling mampu lah. Mungkin 20sen.
Jangan sesekali mempertikai orang bersedekah dengan duit singgit. Nak sound macam tu sound pada pak menteri, jutawan dan seumpamanya. Jangan baham rambang. Sound semua orang macam tu. Tak cukup akal namanya tu.
Hidup susah tapi ingat Tuhan, insyaallah diberkati.
Hidup senang ingat Tuhan, dapat nikmat duniawi & ukhrawi.
Hidup senang lupa Tuhan, tak sembahyang, kufur bila mati.
Hidup susah dan lupa tuhan, tak sembahyang, rugi duniawi & ukhrawi... Neraka menanti..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan