Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 29 Januari 2017

SAMBAL HITAM PAHANG



Bahan untuk Asam Belimbing Buluh:
- Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
- Garam (agak-agak sahaja)

Cara:

Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)
Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
Masukkan garam (terpulang pada anda)
Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)

*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh digunakan untuk tempoh yang sangat lama.

Bahan untuk sambal:
10biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah lagi)
Segenggam ikan bilis
Beberapa ulas bawang besar
Sesudu Asam belimbing buluh (bahan utama dan wajib ada)
Minyak
Garam secukup rasa
sedikit kunyit (tak isi pun tak mengapa)

Cara:
Basuh dahulu semua bahan sebersihnya
Rendam ikan bilis dalam air seketika (3-5minit)
Tumbuk cili padi,bawang besar dan ikan bilis hingga separa lumat
Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati
Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.
Masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kuali
Tumis hingga garing
Masukkan garam secukup rasa

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design