TIBA KE TAK TIBA
Engkau tiba...
Ke engkau tak tiba
Ke engkau nak tiba
Ke engkau tak jadi tiba
Ke engkau memang tiba
Ke engkau memang takkan tiba
Buat aku gundah gulana
Buat si rambut panjang mengiau
Buat si rambut panjang separuh hentak kepala ke meja
Buat si gelap terasa takkan putih
Buat si rendah terasa takkan tinggi
Buat si bapak lenguh liur
Kau tiba ke tak
Tiba kata tiba
Tak tiba jangan kata tiba
Tiba jangan kata tak tiba
Tiba ke tak tiba
Tak tiba ke tiba
Karang...
Tiba-tiba kau tak tiba
Tiba-tiba kau tiba
Tibalah tiba
Taklah tak
Tibalah
Lapang kepala semua!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nukilan saat menantikan "buah yang tak gugur" untuk syarikat.
Khabarnya minggu sudah, jadi minggu ni, pastu jadi minggu depan pulak.
Sudahnya jadi macam menunggu buah tak gugur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan