Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 7 April 2015

EMBAH DAH PERGI

EMBAH DAH PERGI

Dia berwajah ceria
Seribu kedut wajahnya
Terukir kerana senyuman manisnya
Tawanya sekadarnya
Marahnya tanda wibawa

Tulang empat kerat
Dibanting penuh semangat
Pohon ditoreh sepenuh kudrat
Pelepah disabit basah dek keringat
Anak-anak takkan hampa meminta pastikan dapat
Cucu-cucu menumpang turut merasa rahmat

Kampung ke estet lanjut ke taman
Taman Seri Aman jadi hentian
Mengisi waktu penghakis zaman
Hanya isteri jadi teman
Bersama Wati pengisi kekosongan
Pengurus kehidupan

Gering tiba
Musibah menimpa
Derita tak terhambur dengan bahasa
Sengsara tak terukir dengan kata-kata
Tinggallah kulit dan tulang bernyawa
Tiada suara jauh sekali bicara

Mentari di barat
Dia dijelang sakarat
Anak cucu berderaian airmata
Suasana penuh hiba
Tinggallah sebuah kisah
Takkan bisa lagi digubah
Telah pergi insan disegani
Embah ... moga dirahmati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sajak untuk atuk. Beliau baru pergi menemui ilahi. Nukilan buat mengingati saat
pemergiannya. Moga dia sentiasa di dalam rahmat Allah yang Maha Esa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design