Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 7 April 2015

NAFAS PAGI

NAFAS PAGI

Pagi-pagi biar tenang
Bukan perang

Pagi-pagi biar senyum
Bukan mengaum

Pagi-pagi biar aman bahagia
Bukan huru-hara

Pagi-pagi biar harmoni
Bukan basi-basi

Pagi-pagi biar teratur
Bukan terabur

Pagi-pagi biar pahala tersalut
Bukan kusut serabut

Pagi-pagi biar macam nelayan turun ke laut
Bukan macam nelayan di pasar serabut

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sajak : Nafas Pagi

Sajak pagi yang dinukilkan waktu pagi pada pagi yang serabut dan huru-hara.
Terhambur bahasa pagi yang diharapkan tapi entah bagaimana membentuknya.
Sesungguhnya pagi adalah permulaan hari baru selepas kita dimatikan seketika 
sebaik pertukaran hari menjelang maghrib. Sebaiknya ia perlu disambut dan dimulai 
dengan penuh kemanisan, keharmonian, pengharapan dan persediaan. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design