Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 29 Julai 2010

Cegah Sifat Kedekut

Anda tidak suka orang yang kedekut. Adakah anda tidak kedekut dengan orang? Bagaimana sifat ini wujud dalam diri?

Asas pembentukan peribadi dan sikap seseorang lazimnya bermula sejak usia kanak-kanak di mana ia adalah peringkat perkembangan yang paling pantas.

Jika sikap ini dapat dikesan pada anak-anak kita, di situlah tanggungjawab kita untuk menegur dengan cara yang paling baik dan berkesan. Supaya anak itu tahu perbuatannya itu salah, dan pada masa yang sama dia mempelajari cara menegur seseorang dengan penuh berhemah dan baik. Teguran yang keras akan membentuk jiwa anak yang keras.

Sekiranya teguran tidak diendah atau sikap tersebut berulang, amat wajar kita ulangi teguran tersebut dengan sabar. Bukan dengan terus menghukum dan menengking. Kesabaran kita itu akan Allah ganjari dengan pahala dan juga menjadi ikutan anak kita. Teguran dari hati akan masuk ke dalam hati.

Sikap kedekut pada anak-anak boleh dilihat melalui sikap mereka dalam bermain bersama rakan-rakannya atau bagaimana dia bertindak terhadap milik peribadinya seandainya ada individu yang lain mendekatinya.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

1 ulasan:

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam kenal,

Memangla budak-budak ni memang ibubapa boleh nampak sikap mereka tu dari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design