"Tank Buster Goliath" adalah kenderaan kawalan jauh berbentuk kereta kebal direka semasa perang oleh saintis German. Saiznya kira-kira empat kaki panjang, dua kaki lebar. Ia dipadatkan dengan 75 kg bahan letupan berkuasa tinggi, cukup untuk meledakkan kereta kebal atau menghancurkan bangunan. Sebaik sasaran ditentukan, kenderaan kawalan jauh ini akan dipandu untuk menyusup masuk ke bahagian bawah kereta kebal sasaran, dan sebaik posisi terbaik diperolehi, bahan letupan akan meledak.
Ia banyak digunakan oleh Unit Panzer Khas dan unit jurutera tempur Wehrmacht dan kelibatnya pernah dilihat di pantai Normandy semasa D-Day 6 Jun 1944. Walau bagaimanapun sebahagian besarnya tidak berfungsi ekoran tembakan artileri pasukan lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan