Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 27 Disember 2010

KEHEBATAN TIMUN!

“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.

Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.

“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang
diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah. Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5
Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet
ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.

Baca sepenuhnya di sini :

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design