Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 9 Februari 2012

Solatlah Biar Susah Manapun

Wahai pemimpin-pemimpin, solatlah biarpun terlalu sibuk memimpin.
Wahai pemain bola, solatlah biarpun padat jadual latihanmu.
Wahai operator kilang, solatlah biarpun ot tak berkesudahan.
Wahai peniaga, solatlah biarpun pelanggan tak henti membeli.
Wahai mat rempit, solatlah biarpunsibuk pulas minyak tak habis-habis.
Wahai orang politik, solatlah biarpun sibuk menegakkan parti sendiri dan burukkan parti lain.
Wahai ibu bapa, solatlah walau sibuk cari rezeki siang malam.
Wahai budak U, solatlah biarpun banyak kuliah, banyak assignment, sibuk melepak bilik kawan dan sibuk main "game"!
Wahai budak sekolah, solatlah walau banyak kerja rumah, tolong mak basuh pinggan, cebok adik, main hp yang mak belikan untuk emergency tapi buat sms mengarut dengan kawan.
Wahai budak kecik, solatlah walau masih tak tau apa-apa. . . .
Wahai diri, solatlah walau sesusah mana kesusahan itu menyusahkan. . .

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design