Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 9 Februari 2012

Jangan Pesongkan Maksud Hadith

Berkata lagi Ibnu Athaillah:

مَعْصِيَةُ أَوْرَثَتْ ذُلّاً وَافْتِقَارًا، خَيْرٌ مِنْ طَاعَةٍ أَوْرَثَتْ عِزّاً وَاسْتِكْبَارًا

"Maksiat yang menimbulkan rasa hina dan serba kekurangan lebih baik dari Ketaatan yang menimbulkan kebangaan dan kesombongan"

Hati-hati memahami kata-kata ini. Fokuskan diri kita yang kononnya menyangka berbuat baik tetapi hati kita penuh dengan riya' sombong dan membangga diri.

Bayangkan orang buat maksiat tetapi menyesal; bertaraf nafsu lauwwamah (mencela diri). sebenarnya, dia lebih baik dari kita yang kononnya beramal tetapi tidak ikhlas.

Jangan guna kata-kata ini untuk menghalalkan maksiat, lepas tu pakat menyesal....Kelak rosak kata-kata hikmah ini.

By: Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design