Somalia memerlukan bantuan
Jumlah penduduk Somalia : 9 925 640
3.7 juta berada dalam krisis
2.8 juta daripada mereka berada di Selatan Somalia
Kenapa saya timbulkan isu ini dalam bulan Ramadhan?
Mari saksikan video ini :
( Saya mohon anda semua lihat video ini sampai habis, jangan skip atau speedforwardkan... hayati kerana ia juga mengenai saudara kita. Saudara seagama kita. Wajib kita bantu sama macam yang kat PALESTINE!!! Kalau saudara kita di Palestine boleh ta'wil kita kerana kelembapan kita membantu mereka, saudara kita di negara-negara miskin seumpama SOMALIA ini juga boleh persoalkan kita kerana membiarkan mereka kebuluran dan kelaparan. Lahirkan keinsafan dalam diri... )
VIDEO 1 :
VIDEO 2 :
VIDEO 3 :
VIDEO 4 :
VIDEO 5 :
VIDEO 6 :
Maafkan saya jika tajuk post ini agak kontroversi. Saya beristighfar bila melihat video-video ini. Lemah rasa. Teringat dan terbayang bagaimana jika kita dan anak-anak kita yang sedang mengalaminya di sana. Kalau anak kita yang kecil terpegang tanah sikit, cepat-cepat kita basuhkan, takut kena jangkitan kuman. Kalau kuih di tangannya jatuh, cepat-cepat kita rampas dari tangannya, bimbang anak kita termakan kuih yang dah kotor kena tanah.
Berbeza dengan di "sana"... anak kecil terbiar di tanah... menahan kelaparan... kesakitan tanpa penghujung. Tanpa sebarang makanan di sekitar mereka. Anak-anak sekecil itu, hanya menanti masa untuk mati...
Berbeza dengan dana kita untuk Palestin dan beberapa negara lain. Ada di antara kita yang menjadi "hero" berhasil menghulurkan bantuan kepada mereka. Bangunkan infrastruktur mereka. Buat kilang untuk mereka. Bangunkan institusi pendidikan untuk mereka.
Tapi di "sana". Tak ada perkara lain yang lebih penting... MAKANAN...untuk MENYAMBUNG NYAWA...
Ke mana kita?
Kenapa kita tak terpanggil untuk membantu mereka?
Tiada kepentingan kita di sanakah?
Tak boleh jadi "hero" kah?
Di "sana"
Saudara kita
Menderita minta sambung nyawa
Merintih tiap masa
Kering sudah air mata
Tanpa ada yang menyapa
Mereka itu saudara kita
Agama mereka serupa kita
Solat mereka sama
Doa mereka dititip buat kita
Tanpa kita lakukan apa-apa
Alangkah baiknya kalau kita rakyat Malaysia bangunkan tabung/dana khas sama macam kita buat untuk PALESTINE. Kerana ia juga tidak kurang pentingnya. Selamatkan nyawa mereka. Selamatkan agama mereka. Ini juga JALAN JIHAD!!! Ya Allah, permudahkan urusan untuk membantu mereka. Berkati usahaku untuk menyedarkan hamba-hambaMu yang lain yang terlupakan "saudaranya di sana"... Amiin.
1 ulasan:
boleh membuat sumbangan melalui bank di alamat berikut :
http://www.unicef.org/malaysia/support_4225.html
ataupun melalui kredit kad yg dibayar secara bulanan sebanyak rm38, rm58, rm100 atau rm300 sebulan mengikut keperluan yang diperlukan, di alamat berikut :
https://www.supportunicefmalaysia.org/donation/
sebak ana lihat video pertama tu, betapa kita sungguh jauh melupakan mereka di sana.. mereka memegang nama seperti khadijah muhammad, abdul rahman dll... sungguh menginsafkan... sebar2 kan lah perkara di SMIH. kerana pastinya sumbangan yang bakal diberikan begitu banyak kerana warga smih ibu bapa dan pelajarnya adalah pemurah dan sangat prihatin...
Semoha Allah sentiasa berada disisi mereka...
Catat Ulasan