Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Insaf dan Bersyukurlah

Adakah anda rambang mata untuk memilih dan menentukan juadah berbuka puasa untuk petang nanti?

Adakah Anak-anak anda dan anda sendiri memiliki menu masing-masing untuk berbuka?

Adakah anda kekenyangan sehingga tersandar saat berbuka puasa?

Adakah anda membuang begitu banyak kuih muih dan makanan yang tidak larat anda habiskan sekalipun telah diulang hidang selepas terawih?

Bersyukur kita kerana berada di negara yang mana kita dikelilingi oleh makanan yang sangat lazat dan enak. Sehinggakan kita terpaksa memilih-milih makanan mana yang harus kita muatkan ke dalam perut sesuai dengan selera tekak.

Tetapi...
Di kejauhan sana...
Saudara kita...
Menguis-nguis mencari sesuatu untuk dimakan.
Bukan kerana nikmat atau lazatnya...
Tapi untuk nyawa mereka...
Itupun masih belum tentu berjumpa...

Mungkinkah kita dapat melihat situasi kanak-kanak di atas di negara kita?
Mustahil pada masa ini!!!
Di mana kita yang mengatakan diri kita prihatin? Apa peranan kita jika mengaku mereka saudara kita?

Marilah kita insafi diri...
Puasa adalah anugerah Allah...
Agar kita sedar diri... insaf!!!
Kerana insaf melahirkan taqwa...


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" [Al-Baqarah : 183]

Jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan MAKAN... atau bulan kuburkan binatang dalam perut kita!!! Jangan membeli ikut nafsu. Tapi memadailah dengan keperluan.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design