26 Jun 2011
Sekali lagi Tanjung Buai kami kunjungi. Tujuannya tidak lain, memburu Siakap, Kerapu dan Gemang! Tapi kalau Allah bagi ikan lain pun semua kami sapu. Rezeki Allah. Jangan berkira!
Rancangan asal nak berlabuh awal petang, tapi cari ais sikit punya siksa daaa... last-last jumpa kedai ais. Bertentangan dengan kedai makan. Kedai Cina, nyonya yang jual. Sekali pandang macam kedai semayang Cina. Tapi kalau belk betul-betul, ada 2 peti ais yang besar. Beli 2 ringgit, boleh simpan sampai esok pun tak cair. Banyak wooo....
Beginilah biasanya, bila sampai je, saya akan ambil gambar diri sendiri sebagai bukti saya pencinta seni memancing! Cewah. Sebenarnya Ayie sibuk & tak ada masa nak ambilkan gambar saya. Tunggu dia.... alamatnya sampai malam tak ada gambar. Maklumlah, kamera hp mana ada flash.
Sekali lagi Tanjung Buai kami kunjungi. Tujuannya tidak lain, memburu Siakap, Kerapu dan Gemang! Tapi kalau Allah bagi ikan lain pun semua kami sapu. Rezeki Allah. Jangan berkira!
Rancangan asal nak berlabuh awal petang, tapi cari ais sikit punya siksa daaa... last-last jumpa kedai ais. Bertentangan dengan kedai makan. Kedai Cina, nyonya yang jual. Sekali pandang macam kedai semayang Cina. Tapi kalau belk betul-betul, ada 2 peti ais yang besar. Beli 2 ringgit, boleh simpan sampai esok pun tak cair. Banyak wooo....
Apa-apa hal, saya kena jadi orang pertama yang melabuhkan joran. Kerana saya senior dalam "group" ini. Ayie akan saya pastikan always one step behind...hehehe
Lazimnya kami bermalam bila "bermukhayyam" di sini. Sebab tu kami tak mau ajak geng lain. Takut tak tahan raging yang sangat dahsyat di sini. Ini persekitaran hari kedua. Serangan Maikel (monyet) sangat meresahkan kami. Dia suka datang sini sebab banyak pokok ciku... masa saya ambil gambar, monyet da nyorok kat balik pokok ciku yang rimbun tu... Bahaya mereka ni... Silap langkah, umpan dan hasil tangkapan dilarikan beliau! Syuh... syuh... gi mancing sendiri kalau lapar!
Pertarungan sebelah malam sebenarnya agak sengit. Sehinggakan ikan siakap kedua Ayie, terlepas di depan mata (tak sempat capai). Si siakap melibas perambut joran Ayie, dan berjaya melepaskan diri ke dalam air bersama irama kehampaan hati Ayie. Menggigil setengah jam beliau menahan ujian tuhan sedemikian rupa. Lagi besar pulak tu dari hasil pertama. Itulah rezeki namanya. Redha je lah... carilah lagi yang lain...
Antara hasil tangkapan... Ni tak semua ni... 3 ekor kerapu tak nampak pulak... mana pergi heh?
Ni Wat Abang Husin jual.... RM10.00... banyak betul!!!
Lepas ni order kar dia je laaa.... Banyak! Besar! Bau dahsyat!!!
Eh... tak jumpa pulak gambar ikan-ikan yang kami dapat... nantilah...
Kalau jumpa nanti baru masukkan balik!
Baru-baru ini ada projek Ayie ngan Pi'e... 2nd link tiang 20!!!
Kita tunggu hasil ekspedisi mereka yang saya tak sertai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan