Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 30 April 2010

JOM BERDOA


Abang-abang semua... hari ni hari Jumaat.
Mari kita banyakkan berdoa dan bertasbih.
Saya tengah siap-siap nak ke masjid ni.
Abah kata hari Jumaat spesel sangat untuk kita panjatkan doa.
Mari kita "jangan" tido masa khutbah nanti ya!!!
Nanti saya tanduk bagi jaga!!!
Hehehe...

Cara Upgrade Disket (Floppy-disk)


Hah... cukup besar tak saiz disket tu?
Agak-agak berapa "Peta" tu....? hehehe

Kesian Buku...

Dah kenapa....?

Ingat lagi dulu... Kalau langkah buku, gerenti kena marah dengan mak. Mak kata buku tu ada ilmu. Tak baik langkah-langkah. Pastu kalau degil jugak, kena piat! Adui... Belum lagi embah wedho' yang nampak. Bukan kena belasah...tapi kena "sekolah" tahap asbestos! Belum lagi nampak embah lanang! Mati kena hamba dengan rotan

Hmmm... sampai macam tu tahap orang tua-tua menjaga kemuliaan ilmu. Biarpun ilmu apa yang terkandung dalam buku tu, namun meletakkannya di tempat tak sepatutnya pun sudah cukup dianggap tidak memuliakan ilmu. Apatah lagi kalau dibuat penyapu macam gambar tu...

Kalaulah embah boyot yang tahu........ erk!

Mendakan Tanah


Apabila Allah menghendaki sesuatu perkara berlaku, maka pasti ia akan berlaku, tanpa ada sesiapa pun yang mampu menahannya. Biar apapun ikhtiar yang telah kita buat, namun melawan kehendak dan takdir Allah tidak akan memberi sebarang bekas.

Dari itu, tawakal dan penyerahan diri kepadaNya, di samping usaha yang optimum sangat-sangat dituntut agar kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat, kasih sayang dan perlindunganNya dari segala bentuk mala petaka dan bahaya.

Khamis, 29 April 2010

SYAITAN PENGHALANG ORANG BERDOA


Sekadar Gambar Hiasan

Pernah suatu hari Ibrahim bin Adam berjalan di pasar kota Basrah, maka ramailah orang yang datang mengerumuninya lalu berkata :
" Wahai Abu Ishaq, sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang maksudnya; " Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan doamu itu." ( Al-Mukmin : 60 )

Seedangkan selama ini kami berdoa, tapi mengapa Allah tidak memperkenankan doa kami itu?"

Berkata Ibhrahim bin Adam :
" Hai orang-orang Basrah, sesungguhnya hati kamu semuanya telah mati dalam sepuluh perkara, maka bagaimana doa kamu akan diperkenankan? Sepuluh perkara itu ;

1.Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
2.Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3.Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkannya.
4.Kamu mengakui memusuhi syaitan, tetapi kamu mematuhi dan menyetujuinya.
5.Kamu mengakui ingin memasuki Syurga, tetapi kamu tidak berbuat untuk menuju ke sana.
6.Kamu mengaku ingin selamat dari neraka, tetapi kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
7.Kamu mengatakan bahawa mati adalah benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya.
8.Kamu sibuk memikirkan cela saudara-saudara kamu sehingga kamu tidak mengenal cela dirimu sendiri.
9.Kamu memakan nikmat dari Tuhanmu, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan orang yang mati di antara kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari mereka.

Gangguan Syaitan Dalam Solat

Dalam suatu riwayat diberitakan bahawa apabila waktu solat, maka bIblis laknatullah akan memerintahakan tentera-tenteranya utuk mendatangi manusia dan membuat mereka sibur agar tidak mengerjakan solat. Lalu dibuatnya dengan berbagai kesibukan, sehingga orang tersebut tidak mengerjakan solat sebagaimana waktu semestinya.

Jika cara sedemikian tidak berhasil, maka syaitan berusaha pula supaya rukuknya, sujudnya, bacaannya dan tasbihnya tidak dilakukan dengan sempurna.

Jika masih tidak berhasil juga, makasyaitan berusaha pula untuk membuatkan hati seseorang itu sibuk memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal dunia. Dan jika kaedah ini juga masih tidak berhasil, maka pergilah syaitan dalam keadaan yang hampa.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud :
“Sesungguhnya syaitan itu mempunyai seruan, dan malaikat juga mempunyai seruan. Adapun seruan syaitan ialah agar mengulangi kejahatan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan seruan malaikat ialah mengulangi kebaikan dan membenarkan kebenaran, maka barangsiapa yang mendapatkan yang ini, ketahuilah bahawa itu adalah dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah SWT, dan barangsiapa yang mendapatkan yang lain maka hendaklah ia berlindung dari syaitan yang terkutuk”. ( Mashabih )

Selasa, 27 April 2010

DUNIA "PARKING"!

Nak parking kenderaan kena hati-hati.
Pastikan keadaan sekeliling selamat.
Kadang-kadang rasa dah selamat, tapi kecuaian orang pula menjebak kita kepada kemalangan.
Jadi, jangan lupa bertawakal. Doa, minta denga Allah agar selamat kenderaan kita.
Kalau tak, jadi macam ni :

Errr... ni kes salah parking! Hehehe...











MURAH! MURAH! SAPA MAU BELI?

Pahlawan Kecil

Sesiapapun bencikan peperangan. Bukan sahaja kemusnahan, bahkan korban jiwa yang menjadi bayaran tidak mungkin sedikit.

Dalam pada mempertahankan tanah air, seluruh rakyat pastinya akan bersatu padu menentang penjajahan dan pencerobohan bagi mempertahankan kedaulatan negara. Justeru, tidak mengira baik warga muda, tua malah "kanak-kanak" sanggup mempertaruhkan nyawa masing-masing tanpa dipaksa demi tujuan ini.












Sememangnya benar, kanak-kanak tidak akan dibenarkan memegang senjata, apatah lagi berjuang di barisan hadapan bersama-sama perajurit muda. Dari segi logik, mereka bukan sahaja tidak memiliki kekuatan mental dan fizikal yang selayaknya, bahkan mereka tidak mengerti apa-apa. Tetapi inilah yang berlaku sewaktu Russia mempertahankan diri semasa kemaraan Nazi pada Perang Dunia Kedua.

Semoga negara kita aman dari sebarang pencerobohan negara lain, dan semoga seluruh rakyat Malaysia bersatu hati di bawah Panji-opanji Allah.

Kerja Askar US yang kebosanan





Hmmm... sudah sudah lah tuh! Balik je lah ke negara asal awak! Buat menyiksa diri buat apa lah...

JATUH TERPACAK?



Jatuh dari tempat tinggi, terus terpacak!!! Ye ke?
Bukan seperti yang dibayangkan. Yang pasti ini dilakukan dengan sengaja sebagai tanda mereka "hebat"... Apa komen anda?

Sabtu, 24 April 2010

Obor-obor Nomura ( Jepun )


Berdiameter 2 meter ( 6 kaki 7 inci ) dan mencapai berat sehingga 220 kg ( 450 paun ), lazimnya ditemui di antara perairan China dan Jepun terutamanya di pertengahan Laut Kuning dan Laut China Selatan. Obor-obor ini mampu menenggelamkan kapal nelayan seberat 10 tan. Macamana tak tenggelam kalau dah pukat dipenuhi makhluk tersebut macam gambar di bawah...!

Pasti ada hikmah Allah ciptakan obor-obor tu kan. Tapi, berdasarkan dokumentari yang pernah saya saksikan di televisyen, para nelayan Jepun amat berang setiap kali pukat mereka di penuhi makhluk ini. Apa yang mereka buat sebaik menaikkan kumpulan obor-obor ini ialah mereka "mencincang" setiap satunya sehingga lunyai. Tidak pasti sama ada mereka melepaskan kemarahan, ataupun sebagai salah satu usaha mengurangkan populasi hidupan ini. Rasa sayu masa melihat mereka mencincang makhluk tu...

Saat Ajal


Bila ajal datang...tak siapa boleh halang...

Tak kira siapa yang berkuasa...

Di mana sekali pun ajal akan menjelang...

Tidak mengira cute mana pun kita...

Tak kira power mana pun kita...


Tak kira siapa pun kita ...

Ajal akan datang tanpa memberi alamat!

Sudahkah kita mengingati "MATI" pada hari ini?

*Gambar sekadar hiasan.

Chernobyl Scrap Metal








ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design