Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Ahad, 29 Januari 2017

SAMBAL KICAP



Bahan:

Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukup rasa
Perasa [Ajinomoto, kalau suka]
Sedikit jus limau

Cara:

Goreng terlebih dahulu cilipadi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cilipadi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, so bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.
Tumbuk cilipadi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah,garam dan perasa, dah siap tumbuk bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI



Bahan:

1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara:

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

SAMBAL IKAN BILIS HIJAU




Bahan:

100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis

Cara:

Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.

SAMBAL KUINI



Bahan:

Cili padi
Lada merah besar
Sedikit belacan yg sudah dibakar
Garam
Buah kuini masak
Sedikit gula

Cara:

Tumbuk cili padi, lada merah besar
campurkan belacan, garam n gula,
Kemudian bila cili sudah hancur masukkan buah kuini masak

SAMBAL HITAM PAHANG



Bahan untuk Asam Belimbing Buluh:
- Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
- Garam (agak-agak sahaja)

Cara:

Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)
Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
Masukkan garam (terpulang pada anda)
Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)

*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh digunakan untuk tempoh yang sangat lama.

Bahan untuk sambal:
10biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah lagi)
Segenggam ikan bilis
Beberapa ulas bawang besar
Sesudu Asam belimbing buluh (bahan utama dan wajib ada)
Minyak
Garam secukup rasa
sedikit kunyit (tak isi pun tak mengapa)

Cara:
Basuh dahulu semua bahan sebersihnya
Rendam ikan bilis dalam air seketika (3-5minit)
Tumbuk cili padi,bawang besar dan ikan bilis hingga separa lumat
Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati
Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.
Masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kuali
Tumis hingga garing
Masukkan garam secukup rasa

SAMBAL HIJAU




Bahan:

250 gram cili hijau besar
50 gram cili padi hijau
4 ulas bawang merah
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
½ sdt air perahan limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya

Cara:

Potong kasar cili hijau dan cili padi hijau.
Kukus bawang merah, tomato, dan bawang putih selama 5 minit. Angkat.
Jika sudah layu, tumbuk kasar semua bahan.
Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan hingga layu dan harum.
Tambahkan gula, garam, air limau nipis, kacau sehingga masak.



SAMBAL IKAN BILIS PETAI TEMPOYAK



Bahan:

3 1/2 sudu tempoyak
4 papan isi petai
bahan tumbuk:- 2 ulang bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5-8 cili padi merah2 (nak pedas boleh tambah cili) dan sedikit garam.
1 labu bawang besar potong bulat2
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda diracik halus – untuk mengharumkan sambal.
secubit @ hujung sudu kecik serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit. Tunggu sehingga daun kunyit layu, sedia diangkat.

SAMBAL GORENG TEMPOYAK IKAN BILIS



Bahan:

1-2 genggam ikan bilis
3 biji cili merah
1-2 genggam cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dimayang)
3-5 sudu besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:

Basuh ikan bilis dan toskan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili merah dan cili padi.
Panaskan sedikit minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. Masukkan bawang besar yang dimayang. Goreng hingga layu sambil mengacau sambal agar tidak hangit.
Masukkan tempoyak dan gaul rata. Rasakan garam dan gulanya. Bila telah sebati matikan api dapur.
Tunggu hingga sambal suam atau sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul rata.

Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.

SAMBAL BELACAN CUKA



Bahan:

10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka -supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Cara:

Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh gantikan cuka dengan perahan air asam atau air asam jawa serta dibancuh cair untuk jadikan air asam.

AIR ASAM LADA PICIT



Bahan:

Cili padi
Sedikit belacan yg telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak

Cara:

Masukkan semua bahan dlm mangkuk.
Masukkan sedikit air masak.
Picit dan pecahkn cili dan bahan2 dgn ujung jari.

SAMBAL AIR ASAM BUDU



Bahan:

20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
1/2 cawan "BUDU"...
Hirisan bawang besar, untuk hiasan

Cara:

Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
Tambah gula sebagai pengimbang rasa.

SAMBAL BELACAN KULIT LIMAU


Bahan-bahan :
Cili padi
Cili merah
Gula
Garam 
Belacan yg telah dibakar.
Limau nipis @ kasturi.

Cara :
Blend kering cili padi, cili merah, sedikit gula, garam & belacan yg telah dibakar.
Perahkan  limau nipis @ kasturi.
Potongkn kulit limau kasturi, campurkan dalam sambal belacan.

Tu je... 

SAMBAL TEMPOYAK MASAK


Bahan:

2 batang serai, dititik
1/2 cawan air
3 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
1 genggam ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
15 - 20 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
(*ditumbuk kasar2)
Sedikit minyak masak

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali. 

Tumis bahan tumbuk kasar hingga harum.
Masukkan serai dan tempoyak dan kacau rata. 
Tuang air dan tambah sedikit garam.
Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit atau hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.

SAMBAL KICAP CILI POTONG


Bahan:

Cili padi dipotong
Bawang merah dihiris
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis

Cara:

Campurkan kicap dgn bahan-bahan di atas tadi.
Perahkan limau kasturi.

SAMBAL GESEK



Bahan:

20 biji cili api
1 labu bawang besar ~ potong kecik supaya senang nak tumbuk
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis ~ basuh dan toskan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak

Cara:

1. Tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur. Ketepi kan
3. Tumbuk kasar ikan bilis
4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi
5. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing.

SAMBAL CENCALOK


Bahan:

1/2 botol cencalok
7 ulas bawang merah ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
5 biji limau kasturi ~ perah jusnya dan hiris kulitnya nipis-nipis
sedikit nenas ~ di cincang halus
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya

Cara:

Satukan semua bahan dan gaul rata
Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencalok

*Kalau nak hilangkan masin pada cencalok, caranya ialah tapis cencalok dan buang airnya. Bilas dengan air jarang. Jangan bilas banyak kali. Nanti tawo sangat tak sedap pulak.

SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI


Bahan2:

4 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan melaka - dibakar hingga wangi
Garam dan gula secukupnya
7 biji Limau Kasturi

Cara2:

-Masukkan kesemua bahan, kecuali limau kasturi kedalam lesung
-Tumbuk sampai 90% lumat
-Perahkan dengan jus limau kasturi kemudian hiris sedikit kulit limau kasturi nipis-nipis dan gaul dengan sambal..
-Kaut sambal dari lesung,masukkan kedalam bekas yg sesuai..
- Hidangkan bersama ulam2 yang anda suka..

SAMBAL BELACAN GORENG



Bahan:

10-15 biji cili padi ikut kesesuaian, jika mahu lebih pedas boleh tambah
2-3 inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara:

Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
tomato dibelah 4 atau 6
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk..
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.

Sabtu, 28 Januari 2017

GAMBAR NOSTALGIA ERA 80'AN

Kalau tengok gambar ni sure teringat masa zaman budak-budak dulu. Rare betul. Budak sekarang rsanya susah nak faham apa yang kami rasa waktu tu.. Cuma cari gambo bekal nasi yg sebelah lauk sebelah nasi n makan bawah pokok xde la pulak.... hehehe
























MAKSUD SUSUNAN GARFU DAN PISAU MASA MAKAN DI HOTEL


KOMPILASI DAH KENAPA

Sebab dah lama sangat tak layan DAH KENAPA... jom tengok kompilasi...













ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design