SEKILAS FAKTA TENTANG TELAGA ZAM ZAM
Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.
Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.
Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam.
Mata air telaga zam zam
Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain.
Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.
sudah semestinya air Zamzam adalah terbaik didunia.
KEISTIMEWAAN AIR ZAM ZAM
Dari kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam-Zam mengandung fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam seolah-olah sudah mengandungi ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam dapat memberi kesegaran bagi jemaah yang kehausan.
Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto yang mendapati bahawa air zamzam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam.Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.
Molekul air biasa
Molekul air zam zam
Molekul air zam zam di bawah mikroskop berteknologi tinggi.
ALLAH MAHA AGUNG, MAHA SUCI LAGI MAHA SEMPURNA.
AMPUNILAH KAMI. DAN JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG BERSYUKUR...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan