Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 27 Oktober 2011

Budak China 2 tahun kena gilis

Assalamualaikum.

Video yang sangat mengerikan dan menyayat hati. Sehingga kini saya masih lagi tidak dapat menerima hakikat sikap kebinatangan dalam kalangan manusia. Kalau kita lihat, binatang juga memiliki perasaan simpati dan kasih sayang. Masakan manusia boleh kehilangan langsung perasaan sedemikian.


Kanak-kanak kecil yang tak berdosa tu tak salah. Mungkin kecuaian ibu bapanya menyebabkan dia berkeliaran sehingga mengundang padah. Kesalahan utama tentunya terletak pada ibu bapa kanak-kanak tersebut. Ibnu bapanya tentulah telah masak dan arif dengan persekitaran budaya masyarakat setempatnya yang tidak berhati perut dan mmentingkan diri semata-mata. Sewajarnya ibu bapa kanak-kanak ini perlu lebih berhati-hati dan meletakkan kewaspadaan yang tinggi dalam memantau anak-anak mereka.

Apa yang amat dikesalkan ialah sikap kejam pemandu yang tergamak menggilis kanak-kanak itu dua kali!!! Dah nampak, makin digilis!!! Hukuman untuk mereka sekadar denda!!! Sungguh tidak adil... Saya sangat marah dan berdoa moga mereka yang melanggar dan mengambil sikap tidak peduli kepada mangsa agar mereka menerima nasib yang sama... baru mereka tahu langit tu tinggi!!!

Binatang pun ada perasaan simpati dan kasih sayang.... tengok video ni :

1) Anjing korban nyawa selamatkan kawannya yang kemalangan



2) Anjing tak tinggalkan jasad tuannya yang mati kemalangan.


3) Burung setia menanti di sisi pasangan yang mati dilanggar.


BERITA HARIAN :
MEDIA di China dan pelayar internet di seluruh dunia awal minggu ini mengecam ketandusan nilai kemanusiaan yang dipaparkan penduduk bandar Foshan di wilayah Guandong berikutan satu kemalangan membabitkan seorang kanak-kanak kecil.

Insiden berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang sempit itu.

Insiden pada 13 Oktober itu dirakam oleh kamera kawalan dan disiarkan oleh stesen televisyen Southern Television Guangdong (TVS). Penonton televisyen di Malaysia turut menyaksikan insiden itu apabila ia disiarkan sebagai berita utama oleh TV3.

Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan. Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya. Kanak-kanak itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.

Mangsa yang dibawa ke hospital kini dalam keadaan koma. Doktor berkata kanak-kanak perempuan itu kini dianggap ‘mati otak’ dan pada bila-bila masa boleh menghembus nafas terakhirnya. Walaupun sejak itu pemandu kedua-dua van terbabit sudah ditahan polis, insiden berkenaan memeranjatkan orang ramai dan mencetuskan debat mengenai tahap moral di negara itu. Apakah nilai kemanusiaan sudah lenyap langsung di China? Apakah pembangunan pesat sesebuah negara akan membuatkan seseorang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga tidak lagi hirau mengenai nasib insan yang lain?

Debat yang sama turut berlaku di Britain apabila seorang pelajar Malaysia dipukul perusuh yang berpura-pura membantu mangsanya yang jatuh daripada basikal yang ditungganginya. Selepas insiden berkenaan, penduduk Britain mula menyoal keruntuhan tahap moral di negara itu. Mereka mula melihat apakah punca keruntuhan itu dan mempersoalkan sama ada sistem pendidikan negara menyumbang kepadanya.

Namun insiden terbaru di China itu bukan saja membabitkan soal moral. Kanak-kanak kecil terbabit mungkin juga menjadi mangsa kepada undang-undang yang tidak memihak kepada mereka yang membantu mangsa kemalangan. Ramai di China enggan membantu mangsa kemalangan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan kemudian. Beberapa kes berprofil tinggi sebelum ini menyaksikan mereka yang membantu disaman oleh mangsa yang dibantunya.
Mungkin atas alasan inilah lebih 10 orang yang lalu lalang di depan kanak-kanak malang berkenaan enggan membantunya. Apa sekali pun moral yang tinggi yang dibanggakan rakyat China sebelum ini kini dilihat mula lenyap, digantikan dengan kegilaan mencari keuntungan dan menghimpun material. Apa-apa undang-udang dirangka sekali pun tidak akan menyelesaikan masalah keruntuhan nilai kemanusiaan ini. Apa yang penting ia harus dipupuk oleh pendidikan baik di sekolah, mahupun di rumah.



ALASAN KENAPA KANAK-KANAK CHINA TERSEBUT TIDAK DIBANTU :

Sumber : blog tgokjum

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design