Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 31 Oktober 2011

Misi Hanyir Tanjung Buai 2

21/10/2011

Misi kali ni disertai Kasmuri pula.
Bertolak awal, tapi sampai lambat.
Dah separuh perjalanan baru Husin bagitau wat takn janji boleh dapat!
Bengang juga, kalau dia bagitau awal-awal boleh minta Kasmuri cari kat Sungai Danga.

Terpaksa pusing ke bandar kota, cari wat kat kedai... mahal, pastu sikit, pastu "bersih sangat"...

Kat kedai joran kota, berkenalan dengan sorang brader. Katanya boleh dapatkan wat segar dari Wak Dalim kat Air Tawar 4. Lalu beliau bagi map dan kami terus ke sana.

Sampai air Tawar 4, orang kat situ kata Wak Dalim tak jual wat pun! Mancing pun entah... pening... dia bagi nombor cikgu Johari kat Teluk Sengat. Terus call, tapi wat tak dapat cari, air pasang penuh.

Telefon Pak Atan, dia suruh cari kat Sungai Mas. Kedai joran. Terus pegi, ada rupanya,... tapi.... SAIZ CACING DAAAAA.... beli juga....

Sampai je kat jeti, kami tunggu Husin tak sampai-sampai... kata nak bagi udang hidup... 45 ekor 20 ringgit!

Sampai je Husin, dia suruh kita ambik umpan tu dengan brader yang dah lama tercongok depan kami!!! Cis Husin!!!

Maghrib terus bertolak ke rakit Pak Atan...

Kalau ikut jadual, inilah air paling best nak main rakit.

Saya orang pertama berlabuh... sebab saya kan senior!
Dan ini hasil pertama saya... alhamdulillah... pari tuka...

Ayie pula naikkan ikan duri sirip kuning...

Ayie memng suka tangkap spesis pelik! Ikan terbang ni pun ditangkapnya.

Usat pula ditawan Ayie.

Saya dengan duri sirip kuning yang entah ke berapa tah...

Kebuntuan Kasmuri yang baru register group dapat dipecahkan dengan habuan duri...

Dah kata dah... Ayie memang suka spesis pelik!!! Ni dia juga yang dapat!

Misi kali ni dipenuhi dengan pari tuka, duri biasa, duri sirip kuning, gelama dan usat.

Misi buru siakap dan kerapu masih buntu...

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design