Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Isnin, 31 Oktober 2011

Apa kedudukan kita di sisi Allah?

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,
m/s: 57 Tazkiyah Nufus:
"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Kita sering bermain dengan perasaan. Perasaan hayal seolah-olah kita berada pada kedudukan yang baik di sisi Allah. Kita merasa aman dari kemurkaan Allah, jauh dari azab Allah, terhindar dari perkara larangan Allah. Tanpa kita sedar bahawa perasaan-perasaan tersebut adalah merupakan hamparan-hamparan lembut iblis yang tediri dari jarum-jarum yang halus yang bertujuan menjerat kita agar sentiasa berada di dalam kemurkaan Allah tanpa kita sedar.
KITA DERHAKA DALAM TAAT!

Justeru, sentiasalah beristighfar, bermunajat kala malam memohon ampun dan petunjuk dari Allah. Tidak semestinya mulut manusia yang sentiasa mengungkap kalimah Allah dalam bicaranya menggambarkan kejernihan dan ketulusan hatinya. Dan buruk pula mulut manusia yang sombong dari mengungkap lafzul jalalah keluar dari rongkongannya. Ikhlaskan hati. Betulkan niat. Lakukan segalanya kerana Allah semata-mata...

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design