22/10/2011
Misi pelawaan Abg Men dan turut disertai abang ipar beliau, Abg Man.
Baru balik dari Tanjung Buai. Lepak sangat-sangat. Memang ikut hati dah tak larat dah. Mata pun dah tak boleh nak buka sangat. Maklumlah dah berjaga semalaman.
Tapi memikirkan kesungguhan Abg Men mengajak, tak sampai hati nak hampakan beliau. Gagahkan hati walau tak larat. Besar pahalanya kalau gembirakan orang lain. Hampir-hampir nak cancel dah planning bila tiba-tiba Abg Men minta kami pergi dengan kenderaan sendiri sebab ada tambahan anggota , dan barang yang banyak! Kami memang tak larat, sanggup tak pergi dari drive sendiri. Last-last, anggota tambbahan tu tak jadi ikut, dan Abg Men setuju bawa kami. Ingatkan ambil saya dulu baru ambil Ayie... rupanya Ayie dah dalam kereta!!! Alamat banyakla equipment saya tak dibawa sebab ada kat dalam kereta Ayie... Ingatkan bawa Alza... sekali bawa wira abg ipar dia... patutla kata penuh barang.
Saya dan Ayie masih confuse, ke mana sebenarnya lokasi pertarungan yang dikatakan sengit itu. Apapun kami kena ambil peluang lelapkan mata...walaupun akhirnya tak berpeluang langsung! Hujan, tingkap takleh tutup, mana nak tidurnya.
Tiba di lokasi, baru kami tahu, kat tiram pun ada rumah rakit!!!
Bergambar dengan Abg Men sebelum misi. Masih konfius, mancing kat rumah rakit ke, kelong ke bot ke.....
Setting apa-apa yang patut... wasiat ke...
Punggah barang nak bawak pegi kat bot... macam nak gi perkhemahan tahuanan gamaknya.
Wajah anak nelayan kampung! Dah ready nak naik bot kat belakang dia.
Pemunggahan barang yang bertan-tan banyaknya.
Mancing pakai kasut Adidas Good Year tuuuu....!
Gambar untuk tatapan isteri beliau yang beliau sayangi.... "sayang isteri tinggal-tinggalkan..." kata orang tua-tua.
Abg Man pesan... " pakai satu joran je...!!!"
Saya dah garu kepala... tak boleh pakai banyak ke? saya bawa 5 Ayie bawa 5 ni!!!
Mungkin maksud beliau lokasi kami parking tu banyak giler hasilnye... takut tak menang tangan. Jadi Ayie terus melabuhkan satu jorannya, manakala saya masih tak ada mood. Tambahan lagi baru tau yang kami kena stay kat rakit, manakala Abg Men dan Abg Man main bot. Kami nak bot jugak... mana aci main tinggal-tinggal beb. Tapi kami tak kisah, sebab kami takda modal pun nak bayar bot...hehe
Ayie melayan ikan duri dengan joran-jorannya, saya melayan kopi 3 cawan dan maagi 2 mangkuk!!!
Sepanjang malam kami melayan apolo dan menajuh udang hidup... Tak ada hasil yang kami puas hati. Ada juga 2 joran dengan umpan udang hidup direntap putus masa saya terlelap... hampa. Menjelang siang, nampak group mereka baru balik. Keletihan betul mereka.
Tengok Abg Men punya letih, sampai muka dia pun rosak... dah tak boleh nampak...
Apa agaknya hasil mereka... saya lupa nak rakam. Kalau tak silap tuka 2 ekor, gemang kasar juga beberapa ekor, malong 2 ekor, gelama, dan duri. Ada juga beberapa kali terlepas dari rentapan kasar katanya...
Kemudian mereka menyambung bermain di rakit. Saya dah bungkus dah... takleh gi!!! Ayie tetap setia... salute kat dia...
Wajah saya yang TAKLEH GI DOH!
Wajah masih mengharap... maklumla, lesen masih susah nak dapat. Ni mesti JPJ tahap gaban ni... hehehe
Membaca mentera supaya ikan datang...
Akhirnya berhasil.... ikan tanda menyahut panggilan Ayie...
Abg Man keletihan sebaik menaikkan kerapu Singa... ( kat sebelah capal tu ).
Teka .... amik apa tu?
Mereka tolong saya amik kupang. Saya nak bawa balik. Bakar sedap apa...
Wajah lega dapat memancing... tengah pujuk JPJ la tu agaknya...
Wajah lega kami setelah "rasa berminggu" tak balik rumah!
Sampai kat darat, bertafakur atas kematian ikan-ikan yang ditangkap.
Maklumat nak hubungi rakit-rakit.
Ini hasil saya dan Ayie semalaman.
Alhamdulillah...
Sedap ni buat lauk. Moga Allah tambahkan lagi rezeki kami...
STATUS MISI : Gagal GABAN!!! ( semua cerita yang kami dengar masih MITOS! )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan