Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Selasa, 4 Oktober 2011

Misi Hanyir Tanjung Buai

1/10/2011

Dah lama kami tak melaksanakan misi ini. Oleh kerana keinginan yang meluap-luap untuk makan lauk ikan segar ( kat pasar borong tak sesegar mana pun! ), saya dan Ayie merancang untuk memilih Tanjung Pengelih sebagai lokasi utama.

Belum sempat contact Otai Tanjung Pengelih, Otai tersebut pula telah menghubungi kami...

Ni lah otai tu... Abayie... beliau telah bermesyuarat dengan kami dan memberikan arahan jelas agar kami menyediakan lokasi baek untuk bertarung!

Tak ada lokasi lain yang baik bagi kami selain lubuk Pak Abu. Kami pun terus sampai di sini bersama Otai tersebut. Betapa otainya beliau, hinggakan beliau jadi orang pertama "berlabuh" sebelum saya! Selalunya saya dulu... memang otai betul otai ni!


Sebaik Abayie berpindah meredah belukar untuk ke muara, Ayie bersua dengan kerapu yang lahap meratah umpannya. Mereka berdua saling tersenyum penuh maksud. Saya tak jeles sebab saya pun bersua dengan sesuatu yang lebih bermakna.... tengok bawah :

Hehehe... dapat "smiley"!

Air mula pasang dan jernih bebeno. Biasanya air macam ni hasil tak banyak...

Hasil kedua Ayie, baby belukang.

Hasil ketiga Ayie, baby ketam batu...

Saya marah kerana Ayie sangat kejam meragut nyawa-nyawa "baby" je... kesian mereka masih mentah dan tak tahu apa-apa. Kerana tak mahu Ayie bergelumang dosa mengambil nyawa baby je, maka saya menerima nasihat Pak Abu yang ada di situ seketika agar berpindah lubuk ke Jeti.

Di jeti kami bersua dengan Pak Atan... saya panggil abang Atan. Rupanya beliau ada rumah rakit baru. Baru 2 bulan siap. Beliau pelawa kami ke sana.. 1 kepala RM20.00, ada bilik solat, dapur dan tandas. No tepon pun ada. Bawah rumah rakit ni ada karang dalam... wow!

Sebaik beliau beredar, saya pun dapat seekor ikan sebelah... tapi.......

....pun baby juga!!!


Rupa-rupanya Abayie pun tak boleh terima hakikat yang kami tegar meragut nyawa baby pelbagai spesis. Lalu beliau mengeluarkan perintah agar pergi ke rumah rakit Pak Atan!!!

Kami pun menurut perintah!

Ayie menghiburkan hati sambil minum 100plus.
Lihat joran kami...semuanya ada lebih 15 batang!!!

Sebaik tiba, kami berlabuh. Matlamat utama untuk ke rumah rakit di Pendas terpaksa dibatalkan kerana geng sorang lagi ( Abg Meng ) tak dapat nak clearkan track ke sana atas masalah teknikal. Kami pun terus melayan lubuk di sini.

Kami terus menunggu sambil mengarau dan menukar umpan... Abayie dengan casting dan pelbagai kaedah lain digunakan. Pendek kata, kepakaran beliau telah digunakan sebanyak 80% selaku otai.... tapi...................
Semuanya HAMPAEH!














Abayie mula kebosanan lalu memasang lagu di handphonenya, melayan lagu zapin dan keroncong agaknya... perut keroncong tak dapat ditahan-tahan... makanan tak ada, beliau pun TIDO...

Spesis tak putus asa. Beliau melakukan aksi apolo...

Beza antara Abayie dan Ayie ialah... otai dan taiyo (amatur) ...

Akhirnya, Ayie telah mempelajari sesuatu yang bermakna dari otai Abayie, dan beliau berjaya mempraktikkannya...

Sampai bot Pak Atan datang suruh balik, baru beliau terjaga...

Wajah Pak Atan yang marah kerana salah laku Ayie yang tidur dan tidak memancing. Pak Atan marah dan suruh balik tidur kat rumah.

Kami tinggalkan rumah rakit Pak Atan tanpa mengusik hidupan akuatik di situ. Bukan apa, kami tak mahu ekosistem di sini terjejas. Begitu baiknya kami...

Dengan wajah girang dan ceria kami tenang tanpa membawa balik satu pun jiwa hidupan laut. Kami tenang begitu kerana kami cintakan alam.
Dalam hati, tuhan saja yang tahu :D

Status Misi : GAGAL tahap Gaban!!!!

1 ulasan:

Fernando Ridwan berkata...

USTAZ,kalau nk gi memancing ajak ana......ana pun kaki pancing

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design