Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 26 Ogos 2010

Salah Faham Tentang Islam

Masyarakat di luar sana masih ramai yang tidak mengenali Islam, apatah lagi untuk memahami agama suci ini. Namun, dalam keadaan tidak faham, adalah sangat tidak wajar memberikan sebarang fahaman tersendiri tentang agama lain, lebih-lebih lagi agama Islam yang suci. Agama yang menyelamatkan kita di akhirat dan agama yang akan membawa kita menemui Tuhan yang menciptakan kita.

Gambar berikut sekali pandang memang menghina agama kita. Tetapi kalau difikirkan semula, mungkin mereka juga keliru dalam memahami agama Islam. Ini juga berpunca dari kesilapan umat Islam sendiri yang tidak bersatu, dan juga salah pendekatan dalam menangani krisis dunia.


Rasulullah S.A.W adalah ikutan yang paling utama. Baginda manusia yang paling sempurna. Kenapa tidak pemimpin Islam sedunia kembali melihat dan mencontohi akhlak dan kemimpinan kita. Malah agama Islam akan dipandang tinggi, manakala Umat Islam pula akan disegani oleh yang bukan Islam.

Pemimpin negara kita pula bagaimana? Ada acuan akhlak sendiri ke? Atau ikut akhlak Nabi dalam bab makan sahaja???

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design