Seorang rakan memaklumkan yang dia baru balik dari "adelaide."
Saya seakan-akan "blank"! Dia yang bertugas dengan syarikat penerbangan MAS mungkin tak menyedari yang saya tidak terbayang langsung dengan tempat yang beliau maksudkan,"adelaide!"
Saya pun diam-diam mencari maklumat tentang lokasi yang beliau maksudkan...
Adelaide ialah ibu negeri Australia Selatan dan bandar ke-5 terbesar di Australia dengan penduduk lebih 1.1 juta. Bandar Adelaide terletak kira-kira 20 km dari tepi pantai Teluk St Vincent.

St.Vincent
Di utara Semenanjung Fleurieu dan Dataran Adelaide. Pergunungan Lofty Ranges terletak kira-kira 20 km dari sini. Pantai yang terkenal ialah pantai Sellicks.

Pantai Sellicks
Nama Adelaide ini berasal dari nama Ratu Adelaide yang lahir di Jerman, isteri Raja William IV . Bandar ini diasaskan pada 1836 dan dirancang menjadi ibu negeri wilayah British di Australia. Kolonel William Light merupakan pengasas bandar Adelaide , telah merancang ciri-ciri bandar ini berdekatan dengan Sungai Torrens. Ketika itu pribumi asalnya ialah puak Kaurna.
Persekitaran menarik adelaide:







Sekurang-kurangnya saya dah nampak sikit apa itu ADELAIDE.
Teruk betul saya ni. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan