Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MERIAM BATANG KELAPA

Sumber gambar : Faez Gendut

Teringat pulak meriam batang kelapa masa umur saya 15 tahun dulu. Anak jiran depan rumah bersama rakan-rakannya bermain meriam ni. Cuma taklah advance sampai macam dalam gambar tu.

Waktu tu rata-rata kalau ada yang main, akan gunakan tin susu atau tin milo besar untuk buat meriam bawah tanah. Sekali meletup, bergegar tanah. Masing-masing berlawan bunyi paling kuat. Meriam buluh pun tak kurang yang buat. Berbeza dengan meriam batang kelapa ni pulak, sekali dia meletup...bergegar cermin rumah. Saya sempat curi-curi tengok lalu tingkap je. Memang padat bunyinya, sepadat maki hamun jiran-jiran lain yang terganggu dengan bunyi tu.

Baru 3 4 das ... tiba-tiba bunyi yang berikutnya cukup aneh... macam bunyi air.... BLLLUUUUP....! Ketawa melekek-lekek saya. Hilang kekaguman saya pada bunyi yang sebelumnya. Tapi terfikir juga, kenapa tiba-tiba jadi macam tu?

Baru saya perasan, abah nak solat Asar, tapi bunyi meriam tu cukup mengganggu Abah! Abah pegi kat tingkap, dan saya nampak mulut abah terkumat-kamit baca sesuatu... Tak lama lepas Abah beredar, terus bunyi dia jadi macam tu... Abah pulak khusyuk solat Asar... Budak yang main meriam masing-masing buat "post-mortem" kenapa jadi macam tu. Saya tersenyum,...tak tahu Abah baca apa agaknya tadi... :D

Moralnya...hormati jiran tetangga...
Jangan ikut sedap kepala sendiri!!!

3 ulasan:

buðak xnakaℓ berkata...

1st time tengok meriam kelapa..wuyoooo

nur berkata...

besaunye...

faareast berkata...

alamak... kene pikir blek nak wat meriam besi raye ni.. karang x pasal2 kene maki... heheh

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design