Selamat Datang Ke BLOG ACHTUNG...Semoga beroleh manfaat.

Khamis, 19 Ogos 2010

INDIVIDU MENGHINA RAMADHAN!

Saya terbaca perkongsian oleh seorang blogger tentang perbualan di dalam Facebook. Saya tidak pasti sama ada individu yang berbincang itu adalah kenalannya ataupun sebaliknya. Namun apa yang dibincangkan adalah satu perkara yang sangat tidak menyenangkan. Apatah lagi ia dibincangkan secara "terbuka". Malah isu yang dibincangkan lebih kepada kebenciannya terhadap kehadiran Bulan Ramadhan yang penuh berkat. Bagi mereka berpuasa sangat menyusahkan mereka.

Cuba lihat gambar dengan lebih jelas dan baca perbincangan mereka.



Apa yang dibimbangi, kata-kata tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan akidah lantaran memperkecilkan dan menghina PERINTAH ALLAH AZZAWAJALLA.

Di sini, saya menyeru rakan-rakan pembaca agar menjaga tutur kata walau di medan mana kita berada. Kerana mulut badan binasa. Keadaan ini amat melukakan hati Umat Islam. Memang "dia" ada hak untuk melakukan apa yang "dia" mahu...nak berpuasa ataupun sebaliknya, namun kita tetap tidak boleh menerima keadaan di mana ada individu yang terang-terangan menyatakan keingkaran pada perintah & suruhan Allah.

Ingat...
AZAB ALLAH SANGATLAH PEDIH!!!

Tiada ulasan:

ACHTUNG!
Image by ACHTUNG! Design